CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6394|Reply: 34

Tash Yong Mahu kekal berhijab, delete photo lama yang seksi

[Copy link]
Post time 19-4-2021 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Tash Yong Mahu kekal berhijab



MESKIPUN belum setahun berhijab, pelakon Tash Yong, 31, mengharapkan keputusan hatinya untuk terus kekal bertudung ditetapkan Allah SWT sehingga ke akhir hayat.

Tash atau nama sebenarnya Nur Natasha Shazlia Rosli, berkata dia sentiasa berdoa untuk istiqomah dalam penghijrahan dirinya ke arah lebih baik serta mendapat keredaan di dunia dan akhirat.

"Saya buat keputusan bertudung ini dengan rela hati pada Aidiladha tahun lalu bukan kerana bimbangkan penularan pandemik Covid-19 dalam negara ketika itu, tetapi melihat pada usia yang makin meningkat.

"Kita tidak akan kekal muda. Jadi, sampai bila saya harus leka dan tidak cuba memperbaiki diri ke arah kebaikan demi pengakhiran hidup sendiri suatu hari nanti. Saya pun tak tahu sehingga bila Allah† pinjamkan nyawa ini. Jadi, saya kena usaha membuat perubahan itu.

"Walaupun, ada kata-kata dan dakwaan kurang enak dilemparkan terhadap saya dengan penghijrahan ini tapi biarlah apa orang nak cakap. Bagi saya, yang pasti niat hati saya hanya Allah maha mengetahui," katanya.


TASH Yong rela hati memakai tudung sejak Aidiladha, tahun lalu.

Turut menepis dakwaan dia berhijab kerana mahu berumah tangga dan memperoleh banyak peluang dalam kerjaya seni kerana sebelum ini agak 'sendu', Tash berkata pendapatan utamanya adalah perniagaan.

"Sejak beberapa tahun lalu saya sudah mula menceburi perniagaan dengan menjual kerepek untuk membantu peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan luar bandar memasarkan produk mereka secara komersial.

"Alhamdulillah, sambutan dan maklum balas diterima sangat positif. Malah, saya bersyukur dalam perjalanan ini Allah banyak membantu segala perancangan dibuat berjalan dengan lancar," katanya.

Baru selesai penggambaran sebagai pengacara program Makanpedia terbitan Rockin Rhino untuk saluran TV Okey, Tash berkata dia sentiasa yakin dengan rezeki Allah. Katanya, dalam hidup ini hanya perlu berusaha, doa dan tawakal dengan seikhlas hati.

"Kalau dahulu, saya pernah bimbang jika tiada tawaran berlakon baru yang diterima kerana memikirkan bagaimana nak mengurus komitmen bulanan seperti bayaran kereta, rumah dan bil-bil semasa.

"Tapi, sekarang alhamdulillah rezeki dimurahkan dan saya gembira hidup bersederhana. Malah, pada Ramadan ini saya bersama pasukan ditubuhkan terbabit dengan aktiviti menghulur sumbangan membantu kira-kira 80 keluarga asnaf serta pusat tahfiz.

"Tak dinafikan, saya kini lebih banyak terdorong membabitkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial. Syukur sangat, Allah memberi saya peluang dan kesempatan ini yang membuatkan saya lebih matang dan tenang," katanya.

Menurut Tash yang pernah dikenali menerusi drama Menantu Ting Tong dan Dia di TV3 sebelum ini, dengan kesibukannya dia tidak terfikir soal jodoh. Katanya, dia juga hingga kini masih tidak mempunyai seseorang yang istimewa.

"Seperti wanita lain, saya juga ada keinginan untuk berumah tangga dan mempunyai keluarga suatu hari nanti. Bagaimanapun, soal jodoh saya harus teliti mencari teman hidup yang boleh membimbing ke arah kebaikan.

"Ini kerana, saya nak berkahwin biarlah sekali seumur hidup. Ditambah, pengalaman membesar dalam keluarga yang ibu bapa bercerai, kalau boleh saya tak mahu melalui perkara sebegitu dalam rumah tangga," katanya.

Menurut Tash lagi, biarpun dia tidak trauma atau berasa takut nak berkahwin kerana pengalaman lalu dalam hubungan 'terkandas' ibu bapanya, dia selesa positif.

Katanya dia selalu percaya bahawa kalau ada jodoh, pasti tak ke mana.


YAKIN pada rezeki, Tash berpegang pada aturan Allah.

Buang foto-foto lama

Meninjau pada akaun media sosialnya seperti Instagram dan Facebook, ternyata Tash didapati sudah membuang kesemua foto lamanya ketika tidak bertudung dahulu. Katanya, dia dengan rela hati membuang semua foto itu.

"Walaupun, jumlah pengikut saya di Instagram sekitar 126,000 orang saja, alhamdulillah syukur. Bagi saya, cukup dapat berkongsi segala perkara positif dengan mereka seperti aktiviti memasak dan kata-kata motivasi.

"Setakat ini, kebanyakan pengikut media sosial saya aktif dan mereka memberikan sokongan pada setiap aktiviti bantuan yang dilakukan. Malah, dengan maklum balas diberi itu, saya jadi sangat bersemangat," katanya.

Berbicara juga mengenai kerjaya seninya, Tash berkata dia masih lagi mendapat tawaran berlakon drama dan kebanyakan watak diterima pula sebagai guru dan ustazah. Katanya dia gembira dengan watak sebegitu kerana banyak memberi motivasi yang baik.

"Apapun, saya sekarang semakin jatuh cinta dengan bidang pengacaraan sebenarnya. Alhamdulillah, rezeki mengacara pun ada dan saya pasti enggan melepaskan apa sahaja peluang yang datang.

"Sejujurnya, jiwa saya sangat selesa apabila mengacara. Setakat ini, saya sudah terbabit mengacarakan dua program TV. Ternyata, ia memberikan pengalaman yang amat berbeza," katanya.

Mengenai drama pula, Tash berkata kini karya lakonannya berjudul Cinta Untuk Raf ketika belum berhijab masih ditayangkan di RTM. Selain itu, dia juga membintangi drama Mak Abang Nak Kahwin untuk TV AlHijrah.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mokcik tk kona ko dekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:16 AM | Show all posts
igt yana samsudin td
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab2 berubah bertudung ni, tambah2 lg retis, baik tk pyh interview la...dah ramai dah yg buka tudung semula lepas pompang pompang ckp terima hidayah. Habis selama bergelar islam ni, xde hidayah la ye sbb tu tk bertudung...dan time buka tudung, gamaknya hidayah dah hilang lankot
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mamastoney replied at 19-4-2021 09:23 AM
Bab2 berubah bertudung ni, tambah2 lg retis, baik tk pyh interview la...dah ramai dah yg buka tudung ...

tau takpe buat malu kalau terbang nanti atau kantoi buat benda exact opposite dari yg dicanang
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:36 AM | Show all posts
sapooooo ?????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2021 09:43 AM | Show all posts

anak pakcik rosli jual kerepek kat simpang kedai aceh tu....


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
X kenal, semoga kekal bertudung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Gosip dan artikel macam ni soo yesteryears dah dik.

Ramai makin bosan dengan gosip tersebut. Sebab ingatkan benar orang2 ni berhijrah, puji melangit2 ujung2 2-3 tahun buka balik.

Macam safiey ilias, tiap2 tahun buka pasang tetek nak tunjuk dah insaf, iman naik turun On/Off katanya.Tu pun orang dah lali.

Deorang nak bertudung biar je lah sebab tu memang kewajiban, tak perlu nak di sorak atau interview.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:05 AM | Show all posts
Bagusla cmtu.. Benda mmg wajib..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:06 AM | Show all posts
ko Islam sejak bila??

pakai tudung/hijab tu  perkara wjaib yg  basic sahaja kpd semua muslimah.

kenapa ko bodoh ??????????
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal tapi semoga istiqamah ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:26 AM | Show all posts
banyak na muko2 ontah dari mano
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah? Nama mmg da islan knp nk glamor jd nama cina?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 19-4-2021 09:15 AM
Mokcik tk kona ko dekkkk

Aku pung.. jenuh garuu ponggong nak remember kat mana tengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 19-4-2021 09:43 AM
anak pakcik rosli jual kerepek kat simpang kedai aceh tu....

Oohhh..patut x kenal..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 19-4-2021 09:57 AM
Gosip dan artikel macam ni soo yesteryears dah dik.

Ramai makin bosan dengan gosip tersebut. Seba ...

Kalo pompuan pakai bukak tudung

Kalo pondan pakai bukak sarung kopek pelesu..


Koh koh kohh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 19-4-2021 09:57 AM
Gosip dan artikel macam ni soo yesteryears dah dik.

Ramai makin bosan dengan gosip tersebut. Seba ...

Kalo jantan plk pakai kopiah 24 jam kot.. koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Adehhhhhhhhhhh..bulan ramadan nie banyak crita retis pakai tudung je sapa ko dik akak tak bole recall
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
who are yous??????
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.719296 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list