CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 6

Nabil Ahmad Masih Duta JAKEL?

  [Copy link]
Post time 19-4-2021 09:10 AM | Show all posts |Read mode
'Bukan hanya bekerja, dalam agama pun kena ekstrim!'


Nabil Ahmad di Majlis Program CSR Bersama Duta Jakel di Jakel Mall. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon Nabil Ahmad, 38, meminta doa semua agar dirinya terus istiqamah mendalami ilmu agama sejak menyertai tabligh baru-baru ini.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad mengakui ujian berhijrah mendekatkan lagi diri dengan Allah, pastinya ada ujian tersendiri.

"Kita kena istiqamah. Biar sedikit-sedikit tapi berpanjangan. Saya takut sangat, kalau Allah uji saya berubah balik sebab saya sudahlah lemah, iman tak kuat, bukan keluarga alim.

"Saya doalah ada anak cucu saya nanti kahwin dengan orang alim, dapat jadi hafizah, golongan alim, itu adalah misi saya, jadi doakan saya," katanya.

Menurut pengacara MeleTop itu, dia juga melihat perubahan yang cukup besar dalam kehidupan sehariannya dann keluarga sejak menyertai tabligh.

"Kesan selepas keluar dengan tabligh, saya dulu suka marah-marah, ada saja benda tak kena sikit, marah. Tapi bila baca hadis-hadis di rumah, alhamdulillah, perubahan dalam keluarga saya memang nampak sangat bezanya.

"Itulah yang saya maksudkan magisnya. Dulu, macam ada perkara tak kena dalam keluarga saya, kosong, bergaduh suami isteri. Tapi, pembawaan seisi rumah sekarang berbeza.

"Terus-terang saya cakap, sewaktu keluar pertama kali dengan tabligh, memang drastik (perubahan dalam keluarga). Alhamdulillah, itulah yang harus dikekalkan sekarang," katanya.

Nabil turut mengakui besar impiannya untuk mengajak ramai orang terutama rakan artis ke arah kebaikan serta mendalami ilmu agama. Dia mengakui, tidak kisah kalau dirinya ekstrim dalam hal itu.

"Alhamdulillah, Allah beri saya petunjuk, jalan menyertai tabligh. Sekarang saya nak ajak kawan-kawan selebriti, rakan sekampung, kena sertai sebab saya boleh jumpa sesuatu yang boleh ubah hidup, keluarga, pemikiran, dan rasa saya.

"Kita kena dekatkan diri dengan Allah, cukupkan amal, kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. Betul, dalam agama kena ekstrim! Kenapa dalam bekerja, orang boleh ekstrim, buat projek bersungguh-sungguh, menjayakan sesuatu, kenapa dalam agama kita tak mahu bersungguh-sungguh?" katanya.

Terdahulu, Nabil ditemui pada majlis pelancaran kempen Ramadan Raya Jakel 2021 yang berlangsung di Jakel Mall, baru-baru ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2021 09:10 AM | Show all posts
masih duta jakel walaupun jakel ehem ehem MELAYU?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bertambah baik dari hari ke hari


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade lg ke org skrg beli jakel ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 10:08 AM | Show all posts
tgk iklan n to n to still lagi nak cakap jah pernah patah (gaya mmg referring to fattah)..

ji, cuba perubahan tu selari dengan kata2 keluarr kat mulut..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak berubah nak berhijrah nak join tabligh....diam2 jer lah Nabil. Jangan jadi rider please. Terlalu banyak sangat rider skrg ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
masing nak berhijrah.. tp dlm mase yg sama menggebang x sudah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.371790 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list