"I really dont understand how some one at all this high level can mencuri dan menipu lepas itu boleh memberi balik untuk urusan-urusan kebajikan to make others believed mereka ini tak mungkin PENIPU."
Sebagai rakyat Malaysia, Cef Wan tidak terlepas memerhati situasi politik semasa dan tidak teragak-agak memberi komen pedas kepada golongan tertentu sebelum ini.
Terbaharu, status yang dimuat naik di laman Instagramnya mengulas mengenai sikap manusia yang tamak, kedekut, gilakan harta, pangkat, darjat dan juga kuasa.
Bagi Cef Wan, sikap manusia yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada ini membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja biarpun terpaksa mengambil yang bukan hak.
Foto G
Baginya, semuanya adalah sandiwara dunia dengan ramai yang berebut-rebut menunjukkan kekayaan masing-masing walhal itu adalah wang haram. Jika tidak, masakan segelintir turun naik mahkamah pun masih lagi sanggup bergelumang dalam politik. Semuanya kerana harta dunia.
Dalam status sama, Cef Wan turut menyelitkan perbualannya dengan pemilik syarikat yang mahu menukar langsir rumahnya. Menurut pemilik itu lagi, langsir perlu ditukar setiap tiga tahun sekali. Ianya membuatkan dia terkejut.
"Tapi nak ganti boleh juga but i must forgot all the urusan kebajikan saya tiap-tiap tahun untuk ganti langsir rumah saya lah."
Foto : IG
Kata kuncinya, ukur baju di badan sendiri. Jadi, jika mampu tiada salahnya, cuma janganlah mengambil hak orang lain. Bagi Cef Wan sendiri, kemewahan yang ada pada dirinya akan dipanjangkan rezeki tersebut kepada orang lain.
Jadi, siapakah Penipu yang dimaksudkan Cef Wan? - CARI
|