Selepas pelakon Ashraf Muslim melahirkan kekesalannya dengan penerbitan video iklan raya mempromosikan aktiviti perjudian, pengarah dan panerbit Shahrulezad Mohameddin turut meminta mana-mana pihak agar tidak berkongsikan video iklan tersebut di mana-mana platform.
Menurut Shahrulezad, dia juga sedih bila mengetahui yang kesemua pelakon dalam video tersebut merupakan berbangsa Melayu yang sudah tentunya beragama Islam.
Kredit foto: IG Budak Ijat
"Tidak, saya tidak akan berkongsi klip iklan raya judi online bodoh itu. Ia sangat melampau dengan watak perempuan bertudung tapi menyanyi bersama-sama mempromosikan judi online dengan semangat Ramadan. Sangat menjijikkan.
"Semua talent (pelakon iklan) yang terlibat ialah Melayu yang saya percaya semuanya beragama Islam. Tak tahu la pula kalau mereka semua tu sembah busut ke apa!" tulisnya.
Pengarah drama Takdir Yang Tertulis ini juga berharap agar tidak lagi mana-mana pihak bercakap atau memberikan publisiti percuma terhadap video iklan raya judi online berkenaan.
Sumber: mStar |