Syukur kepada Allah SWT, umat Islam dibenarkan menunaikan solat tarawikh pada Ramadan kali ini dalam norma baharu serta mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Baru dua malam menunaikan solat Tarawih, tular video seorang kanak-kanak melakukan aksi plank ketika menunaikan solat sunat itu di masjid yang tidak disebutkan lokasinya.
Tingkah laku tidak senonoh kanak-kanak itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Kredit foto: Twiter @manglaksa
Sudah menjadi kelaziman, kedatangan bulan Ramadan menjadikan ramai masyarakat Islam datang ke masjid membawa anak-anak mereka bersama-sama untuk memeriahkan serta mengimarahkan masjid dengan solat tarawih, iftar, serta menunaikan solat fardhu tapi mungkin mereka alpa mengenai tatatertib masjid atau kawal tingkah laku anak-anak mereka.
Menjadi saranan buat ibubapa, hendaklah mereka memainkan peranan penting dengan memerhatikan tingkahlaku anak-anak mereka di dalam masjid, mendidik dan mengingatkan anak-anak mereka akan tingginya kehormatan dan kedudukan masjid di dalam Islam, serta memahamkan anak-anak mereka akan fungsi atau peranan masjid itu. - CARI
|