View: 7357|Reply: 23
|
Dah Lama Tak Dengar Cerita Bekas Anggota Azhael, Azhar Osman
[Copy link]
|
|
Selepas bertahun tidak mendengar berita mengenai bekas anggota kumpulan duo Azhael iaitu Azhar Osman, dia kini kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharunya berjudul Ternyata.
Keputusan itu terlalu besar buatnya apatah lagi lagu terbabit mendapat sentuhan Farouk Roman.
Azhar yang menganggotai Azhael bersama Hael Husaini dan muncul naib juara program Akademi Fantasia 2010 mengakui dia memang peminat lagu-lagu ciptaan Farouk dan sentiasa menantikan lagu baharu ciptaannya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/14/104139ibwa8e5e5avncb5a.png) Foto: IG
Farouk sebelum ini dikenali menerusi gandingan dengan penyanyi Amylea Azizan menerusi lagu runut bunyi drama popular terbitan Radius One Sdn Bhd.
Antaranya lagu Tak Pernah Hilang pernah yang pernah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-33 dan digunakan sebagai lagu runut bunyi drama Nur, manakala lagu Tetap Kamu untuk drama Nur 2.
Azhar berkata, setiap lagu dihasilkan Farouk memiliki identiti tersendiri dan pendengar sudah menerima hasil sentuhannya.
"Lagu-lagunya memang kena dengan jiwa saya dan sangat tidak sangka saya ditawar menyanyikan lagu ciptaannya ini.
"Suatu hari dia menawarkan saya untuk menyanyikan lagu runut bunyi ciptaannya. Pada mulanya saya ingat ia sekadar gurauan. Namun, rupa-rupanya dia memang serius dan saya terus ambil keputusan untuk menerimanya.
"Semestinya, saya berterima kasih dan berbesar hati atas kesudiannya memilih saya menyanyikan karyanya. Sebaik saya mendengar demo lagu yang diberikan kepada saya itu, ia serta-merta menangkap halwa telinga saya.
"Melodinya terus menggambarkan bagaimana perjalanan lagu itu dan saya semestinya sangat teruja untuk mencabar diri bagi melunaskan tugasan lagu itu," katanya.
Ternyata adalah runut bunyi untuk drama Single Terlalu Lama arahan Ungku Ismail Aziz yang turut membintangi drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu.
Dia bergandingan dengan ramai pelakon popular termasuk Riz Amin, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Julia Farhana, Dayana Roza, Lia Natalia, Azar Azmi, Noorkhiriah, Zila Bakarin, Norman Hakim dan Uchee Fukada.
Namun, Azhar akui berdepan kerisauan besar, kelam-kabut, gelisah dan semua perasaan keluar kerana dia tidak mahu mengecewakan Farouk.
Bagaimanapun, selepas menjalani setiap proses rakaman, semakin hari Azhar semakin yakin untuk menggalas cabaran itu.
"Secara kasarnya, ini adalah lagu 'comeback' saya juga selepas kira-kira empat tahun menyepi daripada bidang seni suara. Itulah juga yang sebenarnya menjadi punca timbul 1,000 kerisauan dalam hati saya.
"Saya yakin sudah memberi persembahan yang terbaik dalam nyanyian lagu ini. Terus-terang, saya memang bergelut dengan kesulitan sewaktu proses rakamannya," katanya.
Namun, hari demi hari, Azhar semakin stabil dan perasaan itu berkurangan sedikit demi sedikit. Sekali gus, dia berjaya menjalani proses rakaman dengan lebih lancar dan melunaskan tugasan itu.
"Saya akui proses rakaman untuk lagu ini agak mengambil masa dan tenaga membabitkan semua pihak yang berada di studio," katanya.
Membuat kemunculan kembali pastinya bukan mudah dan Azhar perlu memperkenal semula namanya. Justeru, dia melihat peluang diberikan untuk menyanyi lagu runut bunyi dari sudut optimis dan yakin terhadap aturan rezeki ditetapkan buatnya.
Semestinya dia berharap namanya akan naik semula namun rezeki lagu Ternyata pun sudah cukup baik sebagai permulaan.
"Memandangkan ia lagu runut bunyi, timbul rasa bercampur-baur di mana pertamanya saya sangat berbesar hati. Iyalah, siapa yang tak mahu lagunya dimainkan dalam drama dan saya pula sudah beberapa tahun tidak menyanyi.
"Tiba-tiba, saya muncul kembali dan terus buat lagu runut bunyi, saya anggap itu bonus. Perasaan yang satu lagi semestinya terasa sedikit tekanan kerana risau sama ada lagu ini akan menjadi, memberi keadilan kepada komposer, dapat sambutan atau tidak.
Apapun, saya percaya kepada rezeki, siapa tahu mungkin inilah masa yang tepat untuk saya kembali. Saya tak kisah kalau lagu ini lebih dikenali sekadar runut bunyi," katanya.
Selepas Azhael dibubar pada 2017, Azhar membina nama dalam bidang lakonan sebelum menyepi sejak beberapa tahun lalu.
Ternyata boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aura poyo mcm terserlah kt muka.... tp xtau la in person mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully str8 la kann...
|
|
|
|
|
|
|
|
Senyum bukak mulut terus lain muka![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Xrasa jeless ke kat sahabat tu..jauh bertiang tertinggal ni. Hopefully heols menyinar jua senyap |
|
|
|
|
|
|
|
iena_jr replied at 14-4-2021 10:55 AM
Senyum bukak mulut terus lain muka
I tgk jd mcm ni
Hensem
Hensem
Hensem
Hensem
Last senyum nmpk gigi - Erkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa azhael berpecah. hael sorang pulak tu yg mendonia |
|
|
|
|
|
|
|
heols straight lah kan sakan bercinta dengan amira othman dulu pastu putus |
|
|
|
|
|
|
|
Haaaa laaa... Asal rapat dengan betina mana ntah, korang kata straight. Padahal member rapat. Asal kawen je straight, padahal sekadar coverina |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang dulu together gether ke? Tiberr... |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin jambu{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
suara dia lagi sedap kot dari haelrina |
|
|
|
|
|
|
|
nama macam nama betul dato sawie....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
diaorg bukan kapel ke sblm ni |
|
|
|
|
|
|
|
iena_jr: Senyum bukak mulut terus lain muka![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Aku ada seorang kawan...hensem bila muka serius! Api bila senyum, dia sendiri cakap dia tak hensem... Hahahaha (tapi memang betul pun ) |
|
|
|
|
|
|
|
AshkieLa replied at 14-4-2021 04:28 PM
nama macam nama betul dato sawie....
ke dia ni mmg awie yg tersakiti.. hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
knp hael x buat lagu utk ex couple dia ni? tlg la hael bagi naikkan balik nama ex ko ni. gado ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|