View: 1400|Reply: 3
|
Korea Utara bersedia lancar kapal selam peluru berpandu balistik
[Copy link]
|
|
SEOUL: Korea Utara membina sebuah kapal selam baharu yang dipercayai mampu membawa sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu balistik dan sedang menunggu masa sesuai untuk mendedahkannya.
Ia berdasarkan satu laporan agensi berita berita Korea Selatan, Yonhap, yang memetik sumber pegawai Seoul yang tahu mengenai perkara berkenaan.
"Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) percaya Korea Utara sudah menyiapkan pembinaan kapal selam yang didedahkan pada 2019.
"Korea Utara mungkin melaksanakan ujian peluru berpandu balistik menggunakan kapal selam itu selepas majlis pelancarannya," kata pegawai itu seperti dilaporkan agensi berita berkenaan.
Kapal selam itu dipercayai dibangunkan daripada kapal selam model kelas Romeo era Soviet yang diubah suai, dan dibina di Limbungan Kapal Selatan Sinpo di sepanjang pesisir pantai timur, yang juga pangkalan armada kapal selam Korea Utara.
Menurut laporan itu, Korea Utara juga turut membina kapal selam lebih besar yang mampu membawa peluru berpandu lebih canggih, merujuk kepada peluru berpandu Pukguksong-4 dan Pukguksong-5, masing-masing didedahkan pada tahun lalu dan tahun ini ketika perarakan tentera dan mesyuarat utama parti pemerintah.
Khamis lalu, portal 38 North mendakwa berdasarkan imej satelit, Korea Utara berkemungkinan sedang bersiap sedia untuk mendedahkan peluru berpandu balistik baharu, atau melaksanakan ujian peluru berpandu daripada kapal selam.
Kali terakhir Korea Utara melaksanakan ujian peluru berpandu daripada kapal selam adalah membabitkan Pukguksong-3 pada 2019, beberapa jam selepas mengumumkan akan meneruskan rundingan nuklear dengan AS. - AGENSI
Sumber : Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
........................ |
|
|
|
|
|
|
|
Kalao bom nuklear si kimchi ni dilepaskan dari kapal selam pakai peluru berpandu...walaupun peluru tu jarak dekat...
Bahaya! Kapal selam ni 500 batu dari Pulau Tioman pun.... kalao Kimchi tembak....abess kita. |
|
|
|
|
|
|
|
...menuju ke arah Malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|