View: 8355|Reply: 51
|
[Tempatan]
Isu harga air kosong. Kedai mamak minta pelanggan perlu bijak
[Copy link]
|
|
Air Kosong Cekik Darah: Pelanggan perlu bijak
Amir Abd Hamid
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm141cekik_1618125429.jpg)
KERATAN akhbar muka depan Harian Metro hari ini.
Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menyifatkan cara menangani isu caj melampau penjualan air kosong di kedai makan dan restoran memerlukan kebijaksanaan pelanggan selain penguatkuasaan.
Presiden Presma Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, kebiasaannya tanda harga makanan dan minuman di sesebuah premis sudah dipamerkan atau tertera di papan tanda.
Menurutnya, pelanggan boleh memilih untuk tidak meneruskan menjamu selera di sesuatu premis jika menganggap harga ditawarkan tidak munasabah.
"Boleh guna logik akal, semua itu sudah tertera dalam menu. Pelanggan juga sudah bijak. Sebagai pengguna kita ada hak, jika lihat kedai itu jual mahal, tak payahlah kita pergi.
"Kecualilah jika tidak tertera dan tidak dipamerkan tanda harga, semasa bayar baharu terkejut dicaj melampau.
"Itu dah automatik sabit kesalahan dan pengguna atau pelanggan berkenaan boleh segera membuat aduan kepada pihak berkuasa," katanya mengulas laporan muka depan Metro Ahad hari ini bertajuk Air Kosong Cekik Darah.
Laporan memetik, sepatutnya air kosong dijual tidak lebih 30 sen namun 84 premis makanan di seluruh negara dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjual minuman itu pada harga melebihi RM1 segelas.
Sehubungan itu, laporan berkenaan dilaporkan memetik desakan orang ramai supaya kerajaan lebih bertegas dalam melindungi pengguna.
Mengulas lanjut, Jawahar Ali berkata hakikatnya meniaga juga membuat kebajikan dan harga melebihi RM1 untuk segelas air kosong itu sudah lari dari falsafah itu.
"Di United Kingdom (UK) ada klausa menunjukkan bahawa premis berlesen perlu membekalkan air percuma kepada pelanggan.
"Cuma tidak tahulah boleh ke disesuaikan untuk kita sebab jurang perbezaan kos sara hidup di sana adalah tinggi berbanding di sini," katanya.
Beliau mengakui Presma yang mempunyai lebih 4,500 ahli dan 12,000 rangkaian restoran di seluruh negara, rata-ratanya ada kenakan caj untuk air kosong.
Katanya, ia terutamanya restoran yang menggunakan alat penapis air pelbagai jenama di pasaran.
"Setiap air yang kita bekalkan adalah air yang bertapis. Caj antara 20 sen hingga 30 sen rasanya memadai dah. Tetapi jika lebih daripada nilai berkenaan, itu tidak munasabah seperti melebihi RM1 segelas yang dilaporkan media.
"Contohnya jika saya pergi restoran dilabel 'high-end', kena caj terlalu mahal untuk air kosong, memanglah ada rasa terkilan juga. Apa istimewa air kosong itu, gelas sama sahaja, rasa sama sahaja, mungkin suasana sahaja lain," katanya.
Justeru beliau berkata, memang ada keperluan untuk KPDNHEP memantau perkara itu.
Disiarkan pada: April 11, 2021 @ 3:17pm |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
restoren i air filter foc..
air mineral je berbayar..
org minta ice cubes pon no charges...
sekarang ni i perati some kedai makan bekas tapau pun depa charge 50 sen hingga rm2..tak termasuk harga makanan..
careful bila nak tapau, make sure tgk dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah replied at 11-4-2021 08:19 AM
restoren i air filter foc..
air mineral je berbayar..
Ini betul. Tahik hidung masin punya peniaga, bekas makan polisterin tu pun charge Rm1.
Terus tak jadi order. Agak2 boleh report kdnkk tak |
|
|
|
|
|
|
|
KPDNHEP kena tegas jaga kepentingan orang ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
tokey mamak ni kurang cerdik gak.. takkan la sb air kosong mahal dlm menu tiba2 kita nk bangun dr meja mkn then g tmpt lain Kdg2 pelanggan dh penat dtg kedai mkn nk mkn bkn nk belek caj air kosong berapa. Usaha kerajaan mengekang caj mahal air kosong tu patut dipuji.
Masyarakat skg mmg suka minum air kosong drp air gula sb jaga kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
mamak...lu punya nasi kandar pon ada tak letak tanda harga pon...sukati lu kira berapa...![](static/image/smiley/default/curse.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ada peniaga siap tulis
air ditapis
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pi restaurant high end,plain water free ..dia caj water bottle mcm evian etc..
Kalau pi restaurant biasa caj 20 sen hidang dlm gelas ada kerak,kadang tu ada bau ikan,kari..apa2lah |
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah replied at 11-4-2021 04:19 PM
restoren i air filter foc..
air mineral je berbayar..
Kat mNa uols?
Boleha.iols.jjcm.bebila
Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Minum dkt mont Kiara, air kosong gelas kecik RM 1. Mahal sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang bodow pi hadap makan minum mamak sape suruh? Betul la presiden tu cakap,kalau rase mahal x yah makan minum situ. Korang gak kan terhegeh2 nk lepak mamak. Cash la sis |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur aku mmg x suka mkn kt restoran mamak..biasa gi restoran melayu air kosong free je..support melayu..no to mamak gila |
|
|
|
|
|
|
|
ang_bess replied at 11-4-2021 07:00 PM
Korang bodow pi hadap makan minum mamak sape suruh? Betul la presiden tu cakap,kalau rase mahal x ya ...
Kannnn...komen ko dpt like dr aku |
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 11-4-2021 06:01 PM
Kalau pi restaurant high end,plain water free ..dia caj water bottle mcm evian etc..
Kalau pi resta ...
Sbb tu iols x minum air kosong kat mamak.. Geli.. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 11-4-2021 07:04 PM
Kannnn...komen ko dpt like dr aku
Tenkiu sis..teruskan support kedai makan murah2. |
|
|
|
|
|
|
|
Dr byr air kosong mahal baik beli awal2 air mineral 500ml kt 7e or newsplus letak dlm beg |
|
|
|
|
|
|
|
Ade kedai makan tempat aku pakcik tu selalu cakap "air kosong tak yah bayar, lambat pakcik nak g haji".. air berperisa memang byr la tapi harga x cekik darah pun.. saje gurau2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 11-4-2021 08:43 PM
Ada kedai makan siap bagi free je air kosong, self service, boleh refill lagi. Air kosong pun sampai nak cekik darah. Last2 pelanggan jugak yg disalahkan. Biasa org jarang nak check harga air kosong sbb harga standard biasa dalam 50sen paling mahal (utk kedai makan biasa). Melainkan makan kat cozy restoran, tu baru biasa org akan check dulu sbb biasa mahal sket.
Iols biasa air kosong bawak sendiri je dari rumah/ofis sbb mmg standby air kosong pun dalam kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo lofa korang leh ugut nk boikot smpi dia minta maap..takkanlah si paria lupa daratan ni ko xnk boikottttt..kuasa di tgn pengguna![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Babai replied at 11-4-2021 05:31 PM
KPDNHEP kena tegas jaga kepentingan orang ramai.
Kepentingan mamak lagi afdal.cukai perniagaan,sewa premis,lesen niaga..orang awam tak menyumbang pun.ha ha |
|
|
|
|
|
|
| |
|