View: 1788|Reply: 9
|
Orang Kampung Buat Ritual Aneh, Cuba Hidupkan Kembali Mayat
[Copy link]
|
|
Penduduk di sebuah kampung menjalankan ritual aneh apabila cuba menghidupkan kembali orang yang sudah meninggal dunia.
Menerusi rakaman klip yang tular, kelihatan penduduk mengelilingi mayat Rabi Nahak dan cuba menekan-nekan dadanya dengan harapan lelaki itu kembali bernafas.
Tidak lama kemudian, seorang daripada penduduk menuangkan air dari sebuah tempayan kecil ke bahagian wajah dan tubuh mayat Nahak yang ditutupi bunga-bungaan.
Foto: Jam Press
Mereka juga menyeru-nyeru dewa sambil membunyikan loceng.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah kampung di Odisha, timur India.
Ritual tersebut turut disaksikan ratusan penduduk kampung yang berhimpun mengelilingi mayat.
Nahak terdahulu jatuh sakit dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Kaum keluarga mendiang enggan terus membawanya ke rumah mayat sebaliknya memutuskan untuk mencuba menghidupkannya kembali sebagai sebahagian dari ritual.
Walaupun beberapa kali mencuba, penduduk kampung ternyata tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menghidupkan kembali lelaki itu. -CARI
Sumber: mStar/ Dailystar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pegi google tadi, dia cakap Si Rabi ni join upacara Danda Nacha (tarian menebus dosa kalau tak silap). Danda Nacha ni , upacara untuk those who worship Dewi Kali dan Lord Shiva.. jadi sebab tu la penduduk-penduduk setempat tu rasa mungkin Rabi ni akan dihidupkan semula jika mereka berdoa dengan Dewa Dewi tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
bored_atticus: Pegi google tadi, dia cakap Si Rabi ni join upacara Danda Nacha (tarian menebus dosa kalau tak silap). Danda Nacha ni , upacara untuk those who worshi ...
Bangkit2 jadi dewi remaja.haru satu benua kelang.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...gempar satu jalan tengku kelana
|
|
|
|
|
|
|
|
akakakakak...terus mintak kawin ngan jejaka paki pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
At least tak bawak alphard blok jalan dan bakar mercun kat simpang.
Kira kasta tinggi jugak la dorang ni jika dibandingkan kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
smlm br terlayan kampung pisang bersiri2 episod 2.. mak dia nk idupkan balik firdaus, mat rempit yg mati eksiden... |
|
|
|
|
|
|
|
Suntik la dgn vaksin kobid. Untung2 bangkit semula sbg zombie. |
|
|
|
|
|
|
|
Terseksa mayat org klu buat gini. Patut dalam adat dorang nyawa ada 2 sekurang kurang nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|