CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4160|Reply: 14

Datuk Ramli MS Janji Tak Ganggu Rumah Tangga Anak

[Copy link]
Post time 8-4-2021 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS melahirkan rasa syukur apabila masih diberikan kesihatan yang baik untuk melihat anak perempuannya iaitu Nadiah Ramli berkahwin pada 21 Februari lalu.


Menganggap setiap manusia akan melalui fasa yang sama, Ramli atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram berjanji untuk tidak mencampuri kehidupan baharu puterinya itu.




Kredit foto: mStar




"Kita semua akan lalui fasa berkahwin, ada anak, dapat menantu, cucu, sakit dan meninggal dunia. Itu semua adalah sebahagian daripada kehidupan.


"Secara peribadi, saya sangat bersyukur kerana dapat lalui fasa itu dengan dikurniakan kesihatan yang baik di usia sekarang... dapat tengok anak berkahwin.


"Saya tidak mahu campur dalam urusan kehidupan dia tapi saya tetap akan sokong sahaja apa yang dia nak. Selagi perkara itu tidak memerlukan saya... biarlah dia dengan kehidupan baharu," katanya kepada mStar.


Suami kepada penyanyi Datin Alyah ini ditemui ketika sidang media pelancaran program Panggung Tok Ram di Ladang Farm Fresh Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, baru-baru ini.


Nadiah adalah anak hasil daripada perkahwinan bersama bekas isteri, Jennifer Thompson, selain mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Najee.


Dalam pada itu, pengarah muzik berusia 63 tahun ini bakal berkongsi ilmu dan pengalamannya selama 47 tahun dalam industri muzik menerusi program terbaharunya iaitu Panggung Tok Ram.




Kredit foto: IG





Mengakui ramai artis generasi baharu tidak mengutamakan jati diri dan tatasusila, Ramli berkata dia mahu mencipta masa depan yang lebih baik untuk barisan pelapisnya.


"Kalau saya tak gunakan segala ilmu yang ada untuk dicurahkan kepada bakat-bakat baharu yang akan menjadi pelapis tanah air ini, rugilah. Lagipun bukan boleh dibawa mati, betul tak?


"Memang saya nak latih bakat-bakat baharu supaya apabila mereka sudah bersedia muncul sebagai artis dalam dunia sebenar, mereka tidak akan lalui kejutan budaya.


"Sekarang, ramai artis main ‘langgar’ saja benda-benda ini (jati diri dan tatasusila). Saya dah lihat perkara ini selama berdekad-dekad dan ia nampaknya mula menjadi sesuatu yang normal.


"Kalau dibandingkan dengan zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, disiplin mereka lebih padu terutamanya daripada segi pengurusan masa. Inisiatif ini adalah untuk masa depan industri kita," jelasnya.


Panggung Tok Ram ditaja oleh jenama susu terkemuka tanah air, Farm Fresh itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 13 hingga 18 tahun.


Tok Ram bersama-sama pihak wakil daripada Farm Fresh akan menilai kemampuan peserta dan akan menyalurkan peserta ke cabang seni yang sesuai dengan kemampuan mereka seperti muzik, lakonan atau pengacaraan. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 01:41 PM | Show all posts
sebelah kak jen tu sapa? anak sheols dengan tokram jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:08 PM | Show all posts
Themilo replied at 8-4-2021 01:41 PM
sebelah kak jen tu sapa? anak sheols dengan tokram jugak ke?

ye kot..
anak heols sepasang kan..
ke salah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:12 PM | Show all posts
Themilo replied at 8-4-2021 01:41 PM
sebelah kak jen tu sapa? anak sheols dengan tokram jugak ke?

A'ah uols..anak Tok Ram  + Jen Thomson - Najee & Nadiah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:17 PM | Show all posts
wah ada rancangan baru.. bagus la tokram dah tv friendly skrg.. dah makin selesa bercakap, berlawak n banyak senyum.. kalau tak dulu masuk tv menjuri AF n Kilauan Emas je pun muka masam mencuka n asik nak marah2 aje
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 04:11 PM | Show all posts
firts time la jen pakai kuning, selalu atas bawah hitammmmm manjang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2021 04:13 PM | Show all posts
tok ram n jen ni mmg ex couple yang betul2 chill.
dah berpisah dlu pun maintain boleh bkerjasama dlm AIM n various project, n takde bising bab penjagaan anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 8-4-2021 01:41 PM
sebelah kak jen tu sapa? anak sheols dengan tokram jugak ke?

"Nadiah adalah anak hasil daripada perkahwinan bersama bekas isteri, Jennifer Thompson, selain mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Najee".

Yer la agknya. Nmpk gmbar family je tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok ram ni lps nabil jihan selalu bergurau kasar dgn dia nampak da boleh bwk berbual and bincanb kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
lantak kau lah tok ram.. xda sapa kesahhhhh ko nk masuk cmpur ke x
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:37 AM | Show all posts
btw rumah tokram ni kat mana chuols...
iols tgk rancangan sedapur bersama tokram nampak mcm rumah baru yg dibuat atas tanah sendiri...
macam bukan rumah taman...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh.. Alyah pun ada juga masa anak dia kahwin.. kirannya okay la dia orang ni kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 01:13 AM | Show all posts
nice family..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 11-4-2021 10:37 AM
btw rumah tokram ni kat mana chuols...
iols tgk rancangan sedapur bersama tokram nampak mcm rumah b ...

Dekat kinrara, puchong.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Alyah pakai baju kelawar je ke g wedding?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055212 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list