CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3003|Reply: 10

"Nampak Macam Hina" - Aina Abdul Pernah Cari Rezeki Di Kelab Malam

[Copy link]
Post time 6-4-2021 08:58 AM | Show all posts |Read mode
"Benda itu nampak macam 'hina' tapi saya sebenarnya bila menyanyi dekat kelab, saya masuk (menyanyi) dan saya keluar."



Kredit foto: IG




Aina Abdul mendedahkan dia pernah menyanyi di pub dan kelab malam selama empat tahun bagi menyara kehidupan.


Nurul Aina Abdul Ghani, 28, berkata, dia bagaimanapun menegaskan mempunyai sebab tersendiri mencari rezeki di lokasi sedemikian.




  


"Saya memang dulu menyanyi di 'gig', kelab malam dan pub. Ada yang komen yang seolah-olah saya mempromosikan soal menyanyi di kelab malam. Bab ini, saya memang ada pendirian sendiri.

"Setakat ini saya tidak terganggu dengan komen-komen mengkritik sebab menyanyi di sanalah memberikan lebih rezeki, wang ringgit untuk teruskan hidup. Itu sahaja cara yang saya ada dulu," katanya seperti dipetik Media Hiburan.


Tegasnya, dia tahu apa pegangan hidup dan tahu apa yang dia buat di dalam premis berkenaan.




  


"Saya menyanyi di kelab dari umur 23 hingga 27 tahun.

"Hampir setiap hari buat persembahan meski ia bukanlah secara kontrak. Saya menyanyi sekiranya ada permintaan. Kalau hari minggu, saya mula menyanyi sekitar jam 10.00 malam hingga waktu maksimum jam 1.00 pagi," jelasnya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2021 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelab malam tu apa? Kelab balai raya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 11:29 AM | Show all posts
Tapi menyanyi tu sendiri haram kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 01:15 PM | Show all posts
dia nyanyi kelab malam tu bertudung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg hina pon. Gaji dpt tu haram kot dah bercampur income arak beer etc. Pasni jgn ada porumer plak reply aku ckp abistu keje bank konvensional tak haram? # donesetazahmode
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki syubhah. Bagusla dah berhenti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan la kome hina dia kalau tu je pilihan hidup dia ada masa tu.. Dia dh tglkn pun. N dia xbngga pn wt bnda tu. Cuma acik nk tau apa perasaan org kelab tu tgk penyanyi bertudung dlm tu.. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 04:43 PM | Show all posts

lONDON dULU

MakcikLaksa replied at 6-4-2021 02:42 PM
Jangan la kome hina dia kalau tu je pilihan hidup dia ada masa tu.. Dia dh tglkn pun. N dia xbngga p ...

Ade je kawan2 aku hijabista menari kat disko..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2021 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah elok Allah tutup aib, sdri pegi bukak
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aina ni antara artis yg ada masalah kulit muka. Dah mekap pun boleh nmpk lg di tv.

Brand skincare apa lahtu agaknya yg hire dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 07:39 AM | Show all posts
de_ikea replied at 7-4-2021 06:52 AM
Aina ni antara artis yg ada masalah kulit muka. Dah mekap pun boleh nmpk lg di tv.

Brand skincar ...

hurm misha omar pun muka dia...
kaya...tp x buat treatment
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053233 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list