CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6358|Reply: 26

'Ustazah' Azira Shafinaz, Menggigil Baca Ayat Suci Al-Quran

[Copy link]
Post time 2-4-2021 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Melakonkan watak Ustazah Anna dalam filem Penunggang Agama yang ditayangkan di saluran Astro First sejak 25 Mac lalu memberikan satu lagi pengalaman baharu dalam kerjaya lakonan Azira Shafinaz.


Bukan saja berbeza dari kebanyakan lakonan sebelum ini, tapi Azira, 30, atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan menganggap ia watak yang cukup mencabar ditambah dengan genre filem itu.


Menurut Azira, dia berfikir banyak kali sebelum menerima tawaran diberikan kerana watak itu berbeza daripada penampilan sebenar.




  



"Setiap kali dapat tawaran saya akan baca sinopsis dan jalan cerita. Untuk filem ini, apabila baca sinopsis saya berasakan sesuatu yang berbeza. Kalau bandingkan dengan kebanyakan drama lakonan saya, filem ini sangat berbeza. Selain itu, saya juga tak pernah bekerja dengan Syafiq Yusof. Jadi, apabila dapat peluang ini memang tak nak tolak dan buat sehabis baik.


"Saya berfikir juga sebelum terima sebab apabila nak bawa watak ustazah tentu sahaja kena tengok dan berbalik pada diri sendiri. Apabila kita melakonkan sesuatu watak, kita kena tengok juga faktor lain.


"Jadi, apabila fikir balik, saya yakin yang mana kita kena cabar diri untuk bawa watak lain. Sebab itu saya nak cabar diri untuk menjadi pelakon yang baik. Sebab itu saya terima," katanya.




Foto: IG




Dalam masa sama, Azira berterima kasih kepada pihak produksi kerana menyediakan seorang guru yang mahir dalam agama bagi memantau dan membetulkan bacaan ayat al-Quran ketika di lokasi.


"Sejujurnya ketika penggambaran ada guru yang banyak membantu saya yang mana dia banyak beritahu surah apa yang patut dan sesuai digunakan. Ada beberapa pilihan surah, tapi saya bawakan yang mana saya selesa dan sampaikan.


"Apabila nak sampaikan dalam babak yang menggerunkan kita tak boleh baca seperti biasa, tentu saja jika ikut logik akan baca dalam keadaan menggigil dan ketakutan. Alhamdulillah, saya baca satu persatu ayat dan ada yang tolong betulkan sebab saya bukan mahir sangat.


"Tidak mahu nanti timbul pertikaian pula. Guru ini sangat membantu saya untuk lebih yakin membawakan watak Ustazah Anna. Dia adalah pelajar dari Arab Saudi iaitu kawan Syafiq dan isterinya," katanya.


Ditanya adakah dia pernah berhadapan dengan 'penunggang agama', Azira berkata, dia tidak layak untuk menilai seseorang.




  



"Saya tak pernah jumpa orang sebegitu, tapi pernah mendengar cerita orang lain. Pengalaman sendiri tak pernah. Bagi saya, sebagai orang Islam, apa kita percaya dan belajar kena fahamkan betul-betul.


"Kalau ikutkan contoh apa berlaku dalam filem ini, saya percaya kepada Allah. Jangan percayakan orang untuk sembuhkan atau bantu kita sembuh. Jadi untuk bercakap mengenai orang itu, saya tak layak. Tapi, kita kena percaya pada Allah," katanya.


Selain Azira, filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan Astro Shaw itu turut dijayakan pelakon hebat lain seperti Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Salina Saibi, Sabrina Ali, Datuk Jalaludin Hassan, Johan As'ari dan pelakon kanak-kanak, Nurqaseh.


Mengenai penampilan sebenar yang berbeza dengan watak Ustazah Anna, Azira memohon doa orang ramai supaya suatu hari nanti dia akan berhijab.




  



"Kalau untuk saya tentu saja nak terbaik untuk diri. Saya hanya harap orang ramai doakan yang terbaik untuk saya yang mana satu hari nanti akan berhijab. Ia ambil masa. Bagi saya apabila kita nak buat sesuatu perkara, saya tidak mahu ia secara drastik dan terus pakai.


"Saya berasa naluri dan niat sangat penting. Kita kena betulkan diri kita. Mesti pernah terdetik, tapi mungkin belum sampai waktu saya berhijab. Harap orang ramai akan mendoakan untuk saya," katanya.


Dalam soal kahwin pula, Azira menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT.


"Kahwin, lambat lagi. Bagi saya jodoh di tangan Tuhan. Saya tak boleh nak cakap apa. Dengan yang lama masih berkawan. Buat masa sekarang, saya sibuk dengan kerjaya. Banyak lagi nak buat. Saya ada banyak perkara lagi nak tunjuk bakat dalam industri hiburan," katanya.


Menurut Azira, status berkahwin atau tidak bukan menjadi kayu pengukur seseorang itu bertahan dan diterima dalam industri hiburan.




  



"Saya percaya pada rezeki. Kenapa saya masuk dalam industri hiburan pun sebab saya percaya bakat. Ini adalah satu pekerjaan yang saya minta. Bukan main buat saja. Bagi saya, kita kena yakin hasilnya akan datang lebih baik. Tak kisah sudah kahwin atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki," katanya.


Mengenai kerjaya nyanyian bersama kumpulan De Fam pula, Azira berkata, mereka masih mencari lagu sesuai.


"Buat masa sekarang De Fam 'berehat' dulu, tapi nak keluarkan single tahun ini. Kami berhenti sekejap sebab belum ada lagu yang betul-betul kena. Kami kena ada lagu yang kuat untuk dikeluarkan ditambah dengan penampilan Cik Manggis yang sudah bertudung.


"Kalau boleh mahu De Fam lebih baik dan matang dari sebelum ini, cuma kami akan kekal menari dan genre De Fam sebelum ini," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak jadi mommy jebat?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa hal bergambar terkangkang je??
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno: Apa hal bergambar terkangkang je??

Ustejah kannnnn..biar laa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 10:38 AM | Show all posts
ingatkan dia dah pakai tudung
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols mengharapkan sesuatu yg lebih daripada filem Munafiq dalam filem ni.Tpi hurmm awal2  tgok trailer pon da tau spe yg penunggang agama.Dengan jalan cerita yg expected .Tpi rse mesti ade sambungan movie ni since bini tok Aji nak balas dendam kat Zul Ngan Azira sbb dorg dan mungkir janji.Tpi since meols pon penggemar cite horror meols layankan je la.Bagi 3.5/5 bintang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2021 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
I is suka you as retis. You go gegerl
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut filem ni buat skop besaq sikit
Tok aji salah satu contoh
Bersepah lagi boleh masuk dlm citer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 2-4-2021 11:28 AM
Patut filem ni buat skop besaq sikit
Tok aji salah satu contoh
Bersepah lagi boleh masuk dlm citer ...

Akk bg 1/5
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 11:41 AM | Show all posts
Patutnya tajuk 'Penonggeng agama'..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 02:20 PM | Show all posts
suka betul keluarga yusof amik nasir bilal khan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahhh, nape x ambik lofa jadi pelakon utama tu, Iolls rasa kalau lofa jadi pelakon tu mesti dapat menggambarkan term PENUNGGANG AGAMA dengan lebih terkesan kepada jiwa penonton....

Harap2 ada sequel cerita ni and LOFA jadi watak penunggang agama tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
songhara1226 replied at 2-4-2021 05:32 PM
Alahhh, nape x ambik lofa jadi pelakon utama tu, Iolls rasa kalau lofa jadi pelakon tu mesti dapat m ...

Hahahahahaha sy bagi 5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mawar91 replied at 2-4-2021 10:42 AM
Meols mengharapkan sesuatu yg lebih daripada filem Munafiq dalam filem ni.Tpi hurmm awal2  tgok trai ...

Dlm ni Zul yg jd penunggang agama ke
Tgk trailer mcm seram
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg buat cerita ni pon tunggang ugama gak. Lolzz
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 3-4-2021 10:48 PM
Dlm ni Zul yg jd penunggang agama ke
Tgk trailer mcm seram

Bukan Zul tpi Nasir bilal Khan Ngan wife die dlm Cite ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 3-4-2021 11:30 PM
Yg buat cerita ni pon tunggang ugama gak. Lolzz

Citer2 depa ni mcm taklogik
Adik beradik gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 4-4-2021 12:59 PM
Citer2 depa ni mcm taklogik
Adik beradik gitu

Xpernah tengok drama melayu. Lolz
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 4-4-2021 02:02 PM
Xpernah tengok drama melayu. Lolz

Nasib baik tak tgk.. rugi masa, duit.. siap.kena tipu lg..hihii
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 4-4-2021 01:09 PM
Nasib baik tak tgk.. rugi masa, duit.. siap.kena tipu lg..hihii

Masuk baca bawangan dlm ni je. Pastu kalau ada clips yg best nk dibawangkan ada yg tepek baru iols click nengok.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.073041 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list