CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1607|Reply: 7

Hijjaz Niat Beri Pahala Buat Allahyarham P Ramlee

[Copy link]
Post time 30-3-2021 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan Hijjaz tidak kisah seandainya ada yang mempertikaikan tindakan mereka menyanyikan semula lagu Tiada Kata Secantik Bahasa dendangan asal Seniman Agong, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang diberi nafas baharu.


Selepas lima tahun tidak menghasilkan single baharu, Hijjaz merasakan tidak mudah menduga selera penonton. Jadi, langkah terbaik memilih lagu yang sudah biasa di halwa telinga pendengar.


Anggota Hijjaz, Isman Nadim Isam berkata, mereka tidak kisah dituduh mengambil kesempatan atas populariti lagu milik Seniman Agong, tetapi ia bukanlah satu kesalahan, apatah lagi, Hijjaz sudah mendapatkan kebenaran daripada syarikat rakaman yang memegang hak cipta lagu itu.




Kredit foto: Universal Music



"Apabila tampil dengan single, lagu itu perlulah ada faktor 'wow'. Jadi, ini antara sebab kami memilih lagu Allahyarham P Ramlee kerana lagu Tiada Kata Secantik Bahasa memang sudah melekat di hati peminat.


"Kami tidak kisah jika ada yang mempertikaikan tindakan ini, lagipun kami tidak membuat sebarang kesalahan. Sebaliknya kami hanya ingin mengajak peminat untuk selawat bersama-sama.


"Hijjaz juga ingin membawa kelainan dan tidak mahu nasyid berada pada takuk lama. Disebabkan itulah kami berkolaborasi dengan penyanyi rock dan rap untuk menyuntik eleman berbeza dalam dalam lagu ini," katanya kepada BH Online.




Bagi meluaskan skop pendengarnya, Hijjaz yang turut dianggotai Munif Ahmad, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim menjalinkan kerjasama dengan duo rap terkenal tanah air, Kmy Kmo dan Lucka Sickta serta bekas peserta program realiti Mentor musim ketujuh, Pasya untuk mendendangkan lagu berkonsepkan selawat itu.


Ilham memilih lagu milik Seniman Agong itu tercetus kira-kira tiga tahun lalu ketika Isman berada di Madinah membawa rombongan umrah.


Bagaimanapun, disebabkan faktor bajet, hasrat menghasilkan single terbaharu tertangguh agak lama, selain malas memikirkan uruskan mendapatkan kelulusan hak cipta lagu yang pastinya menyukarkan.


Namun, penantian ternyata berbaloi dan doa dimakbulkan apabila Universal Music yang juga pemegang hak cipta lagu Allahyarham P Ramlee menawarkan projek single kepada mereka.


Enggan menunggu lama, Hijjaz 'menyambar' tawaran yang dihulurkan syarikat rakaman itu.


Kredit foto: Universal Music




"Ketiadaan bajet membuatkan kami terpaksa memendamkan hasrat untuk menerbitkan lagu. Lagipun, ia membabitkan label yang besar, jadi pastinya prosesnya merumitkan.


"Tetapi, mungkin inilah yang dinamakan rezeki apabila saya menerima panggilan telefon daripada Penasihat A&R Domestik Universal Music Malaysia, Hermond Cheng sebelum sambutan Maulidur Rasul, tahun lalu.


"Dia tanya adakah saya mempunyai lagu babaru, jadi saya pun menceritakan kepada Hermond mengenai rancangan Hijjaz dan secara kebetulan, Universal Music adalah pemegang hak cipta lagu Allahyarham P Ramlee, jadi proses kami menjadi mudah.


"Saya beritahu Hermond ingin mencari penyanyi rap untuk berkolaborasi dalam lagu ini. Mereka mencadangkan supaya bekerjasama dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta, kebetulan saya memang mengagumi duo berkenaan. Mereka bukan sahaja boleh menyanyi rap dengan baik, malah lirik dihasilkan juga bagus.


"Jadi, Hijjaz terus bersetuju dan kami meminta mereka menghasilkan lirik untuk bahagian rap pada lagu Tiada Kata Secantik Bahasa," kata Isman.


Selain meminati lagu Allahyarham P Ramlee, Hijjaz juga melihat ia boleh menjadi 'ladang pahala' bukan sahaja kepada mereka yang mendengar, tetapi lebih penting pahala terus mengalir buat penyanyi legenda yang meninggal dunia pada 1973 itu.


"Semoga dengan karya ini dapat menjadi ladang pahala bukan sahaja kepada mereka yang berselawat apabila mendengarkan lagu, malah pahala dapat mengalir kepada Allahyarham P Ramlee, itulah objektif utama saya.


"Sepanjang berada di Masjid Nabawi, tiga tahun lalu, saya menggunakan kesempatan ini berbual-bual dengan Rasulullah SAW dengan menyatakan perancangan saya, sambil meminta baginda mengaminkan doa saya. Alhamdulillah, selepas hampir tiga tahun, hasrat ini akhirnya termakbul," kata Isman.


Berkongsi pengalaman kali pertama berkolaborasi bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta, Isman berkata, mereka cepat serasi. Proses rakaman dan penggambaran video muzik berjaya disiapkan dalam tempoh tidak sampai lima jam.


"Saya seronok bekerja dengan mereka. Sangat baik dan berjaya memberikan apa yang Hijjaz mahukan. Pada sesi rakaman, kami sempat mengajar Pasya berqasidah kerana dia dan Munif tampil sebagai penyanyi solo untuk lagu ini, jadi perlu berqasidah," katanya.


Lagu Tiada Kata Secantik Bahasa sudah dilancarkan empat bulan lalu, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) proses promosi lagu tidak dapat dilakukan. Oleh itu, Hijjaz kini giat untuk mempromosikan lagu berkenaan supaya ia dapat dinikmati oleh lebih ramai pendengar. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ada niat cam tu.  Tiap kali tengok movie arwah , dengar lagu dia, kalau teringat , eloklah sedekah al fatihah. Sebagai tanda terima kasih kita pada arwah kerana menggembirakan hati pengemar dengan hasil seninya. Banyak kita boleh belajar dari hasil seni Allahyarham P Ramlee.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 02:01 PM | Show all posts
Iols minat suara Ustaz Munif ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok tak sabar nak dengar
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 09:32 PM | Show all posts
Sepanjang berada di Masjid Nabawi, tiga tahun lalu, saya menggunakan kesempatan ini berbual-bual dengan Rasulullah SAW dengan menyatakan perancangan saya, sambil meminta baginda mengaminkan doa saya. Alhamdulillah, selepas hampir tiga tahun, hasrat ini akhirnya termakbul," kata Isman.
kenapa aku rasa macam tak kena je dengan statement ni...  sebab pernah je ada teguran tentang orang2 yang berborak2 dengan arwah mak/ ayah/ atuk/ nenek/ sesiapa kat kubur...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli aku nengok yg baju pink tuu..yg ni ke aku dgr berfantasi ngesek sama izazaim?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hhm...sejak ada grp hijjaz ni yg baik dgn amy saad dan hijjaz pun pernah produce album inw naim under label telaga biru..i mcm krik2 sikit dgn grp ni..mcm nak glamour..ala2 penunggang agama pun ada juga..x mcm rabbani atau raihan
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 30-3-2021 11:36 PM
Geli aku nengok yg baju pink tuu..yg ni ke aku dgr berfantasi ngesek sama izazaim?

bercakap lucah dengan sohai.Haritu nama dia kena petik dalam forum,siap mengadu lagi kat Sohai .Dalam YouTube black,ada yang kata fitnah sebab tuduh dia ckp lucah.Ai kata nak bukti ke.? Pastu dlm esok hari tu mamat tu reply ckp bergurau antara murid dgn guru. Siap maki aiols. Ai maki dia balik .Dia siap ckp kita nak jtuhkan pejal tu. Ai cakap  ada ke kau jumpa komen pasal F tu kat mna mana page? Ai rasa dia tanya sdiri kat F tu,F ngaku kot pastu malu sendiri sebab apa yang kitaorg ckp pasal F tu betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047421 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list