CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1080|Reply: 0

Uncle Kentang Minta Maaf Kepada Polis

[Copy link]
Post time 29-3-2021 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang sebelum ini bertindak memuat naik status di laman Facebooknya mengenai kompaun RM10,000 yang diterima pihak ketiga, walhal perkara itu tidak berlaku, memohon maaf kepada pihak polis.


Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima permohonan maaf Chee Heng yang lebih dikenali sebagai 'Uncle Kentang', melalui surat pada 22 Mac lalu.


"Beliau (Uncle Kentang) menjelaskan menerima maklumat daripada ibu kepada individu yang mendakwa dirinya dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 dan berharap pihaknya dapat membantu namun hasil siasatan mendapati ia tidak benar.


Foto: Harian Metro





"Individu berkenaan hanya cuba menipu ibunya dengan mengatakan dikenakan kompaun sebagai alasan untuk tidak mengirim wang," katanya ketika ditemui pemberita pada Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-214 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, hari ini.


Status yang dimuat naik Uncle Kentang menerusi Facebook 'Kuan Chee Heng' itu turut dikongsikan laman sosial Facebook bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendapat perhatian ramai.


Dalam status tersebut, Chee Heng memuat naik kompaun pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan di Kampung Rapat di sini pada 14 Mac lalu.




Maklumat dalam status itu mendakwa seorang pembantu tukang masak dikenakan kompaun RM10,000 ketika keluar menerusi pintu belakang restoran berkenaan untuk menghisap rokok, dan dia tidak dapat mengirimkan wang kepada ibunya berikutan terpaksa berhutang dengan pihak restoran bagi membayar kompaun berkenaan selain gajinya turut dipotong untuk membayar hutang.


A Asmadi menjelaskan siasatan oleh pihaknya juga mendapati tiada kompaun seperti didakwa telah dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB dalam kalangan polis daerah Ipoh.


Justeru, katanya orang ramai diminta supaya tidak terus menularkan isu berkenaan kerana ia akan menjejaskan imej dan iltizam pasukan polis untuk memberi perkhidmatan terbaik.


Terdahulu, beliau menyampaikan surat penghargaan kepada 184 penerima terdiri daripada pasukan polis, orang awam dan petugas media sebagai motivasi atas kerjasama yang diberikan kepada IPD Ipoh.


Wartawan Bernama Rozainah Abdul Rahim merupakan antara 12 petugas media yang turut meneima surat penghargaan atas komitmen dan kerjasama dalam membantu pihak polis melaporkan maklumat yang tepat. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 1.460282 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list