CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1088|Reply: 6

Tak Sempat Selamat Barang Hantaran, Rumah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunan

[Copy link]
Post time 29-3-2021 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Detik gembira sebuah keluarga mengadakan majlis pertunangan bertukar cemas apabila rumah mereka musnah dijilat api.


Memetik laporan Berita Harian, kejadian berlaku di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong, Batu Pahat kira-kira pukul 1.20 petang Ahad.


Difahamkan, kebakaran berlaku sejam sebelum majlis yang dijangka berlangsung pada pukul 2.30 petang.






Kejadian itu mengakibatkan barang hantaran pertunangan dan harta benda rumah terbabit musnah.


Ketika kejadian, kira-kira 100 ahli keluarga mangsa berada di rumah berkenaan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Saksi kejadian, yang juga jurugambar bagi merakamkan majlis pertunangan itu, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata dia yang tiba lebih awal melihat api mulai marak dan merebak dengan pantas ke seluruh rumah.


"Keadaan ketika itu agak kelam-kabut kerana ahli keluarga tidak sempat menyelamatkan barang hantaran pertunangan termasuk pakaian, peralatan elektrik serta dokumen penting.


"Ada antara ahli keluarga yang pengsan dan cedera melecur kerana mahu menyelamatkan kereta berhampiran serta ada yang cedera terpijak kaca," katanya.


Dipercayai kebakaran itu berlaku akibat litar pintas di bahagian dalam rumah dan keadaan rumah yang separa batu dan kayu menyebabkan rumah berkenaan cepat terbakar.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kebakaran hampir 80 peratus berlaku di sebuah rumah jenis separuh kekal dan sebuah motosikal turut musnah dijilat api.


Difahamkan, majlis pertunangan tetap dilangsungkan dengan majlis ringkas di rumah salah seorang saudara mangsa.


Terdahulu, video ketika rumah berkenaan dijilat api tular di media media sosial sejak petang Ahad. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 10:03 AM | Show all posts
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhairy!Depa cari hang!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 10:58 AM | Show all posts
kesian... electrical ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:00 AM | Show all posts
Laaa baru nak tanya takde oramg kat rumah ke..kotlah majlis kat tmpt lain
Litar pintas memang cepat terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah sikit ayat kat tajuk bukak thread sama lewat sehari
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah. Kesiannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunang pon 100 orang ye.. {:freak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.299291 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list