View: 11139|Reply: 100
|
Sedih Rakan Artis Kutuk Isu Terkucil, Nabila Razali Tak Akan Sesekali Berhenti M
[Copy link]
|
|
Insiden terkucil di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) tidak membuatkan penyanyi Nabila Razali patah semangat atau serik untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.
Malah, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Razali, 29, berkata, dia juga tidak menolak untuk bertanding di pentas berprestij itu sekali lagi jika ada lagunya tercalon.
Foto: IG
"Insiden itu bukan titik noktah untuk saya berhenti daripada perjuangan dalam industri ini sebab menyanyi memang perkara yang saya suka buat. Saya buat ini pun adalah demi keluarga dan juga diri sendiri.
"Tipulah kalau cakap saya tidak menangis, memang saya menangis lepas buat persembahan dan sehari selepas AJL 35 memang saya habiskan masa untuk lepaskan semua kesedihan itu dan kemudian bangkit kembali, apa-apa pun hidup mesti diteruskan," katanya kepada mStar pada malam Rabu.
Sebelum ini, kenyataan penyanyi lagu Peluang Kedua di laman sosialnya berbunyi 'but i think, this is it' (saya rasa cukuplah) menimbulkan persoalan netizen apabila dikatakan seolah-olah mahu meninggalkan industri seni akibat tidak tahan dengan kecaman pelbagai pihak.
Nabila ditemui pada majlis pelancaran produk kek lapis Big Mouth X Nabila Razali yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, Nabila turut meluahkan rasa sedih apabila terdapat rakan artis yang memperkecilkan kemampuannya dengan mengkritik secara terbuka kesilapan yang dilakukannya pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) pada 14 Mac lalu.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 29, insiden yang berlaku itu banyak memberi pengajaran kepada dirinya dalam menilai seseorang kawan atau lawan.
"Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak boleh kawal apa yang akan berlaku... saya dah berlatih tapi insiden itu dah pun terjadi dan ia di luar kawalan saya.
"Apa yang saya kesal ialah tak sangka orang yang mencari rezeki dalam bidang yang sama turut berbual tentang benda negatif (pasal saya) sedangkan kami berkongsi periuk nasi yang sama.
"Tetapi sekurang-kurangnya apabila jadi insiden macam ini, ia mengajar saya untuk tahu yang mana kawan dan yang mana lawan saya. Ada yang tidak mengenali saya tapi becakap seolah-olah mengenali saya daripada kecil... benda itu tidak manislah sebab kalau kita nak bercakap pasal orang, kita kena mengenali orang itu terlebih dahulu," katanya.
Walaupun menyedari dirinya dikutuk sesetengah pihak dalam industri, namun Nabila mengambil pendekatan enggan bermusuh dengan sesiapa sebaliknya hanya ingin meneruskan kerjayanya seperti biasa selepas ini.
"Saya tiada isu dengan orang yang kritik saya sebab saya tidak ada buat apa-apa (tidak baik) pada orang dan selagi orang tak kacau periuk nasi saya, saya okey sahaja.
"Cuma itulah saya nak pesan, jangan kita mencurahkan lagi minyak ke dalam api yang membara, sebab kita semua sama-sama cari rezeki dalam industri ini. Kita sepatutnya beri semangat, bukannya menjatuhkan semangat orang lain," ujarnya lagi.
Minggu lalu, penyanyi Hafiz Hamidun memuat naik status sindiran terhadap Nabila yang dianggap telah membazirkan peluang apabila nyanyiannya terkucil di bahagian korus ketika mendendangkan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF di pentas AJL35.
AJL 35 menobatkan lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai juara, manakala Semalam nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul di tangga kedua dan lagu duet Wany Hasrita bersama Datuk Jamal Abdillah berjudul Dibelenggu Rindu di tempat ketiga. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gitu level konfiden kau kaknab. Sedar jela diri tu mmg tak boleh menyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
punyela sombong si itik ni.... cubela diam2 je enjoy hidup ni.... dari duk kluar kenyataan x sudah2... mmg suara ko xleh pergi..nak jugak justify... |
|
|
|
|
|
|
|
lol.....dia ni dah jadi penyanyi berapa tahun dah yek..??
klu dah lebih 3 tahun....still suara gitu...mmmg sah dia x leh nyanyi live...
dia kena buat rakaman jek...guna auto tone sudah......
|
|
|
|
|
|
|
|
Yatohannnnn perasan betul lahh minah kepek ni dah takleh nyanyi, nakkkkk jugak jadi penyanyi
Masalahnye lagu2 kucil tu semua lagu ko sendiri dekkkk
Bukan lagu penyanyi layennnnn
Tu pasal org kata ko takleh nyanyi baghal |
|
|
|
|
|
|
|
"Apa yang saya kesal ialah tak sangka orang yang mencari rezeki dalam bidang yang sama turut berbual tentang benda negatif (pasal saya) sedangkan kami berkongsi periuk nasi yang sama. tuju kt dato hattan ke
|
|
|
|
|
|
|
|
So this is it hari tu gimik nk test market ka dik non? Rupenya mmg sendu.. Terus bt statement nk terus menyanyi tanpa putus asa? Haahaaaaadoi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by minime88 at 23-12-2021 09:57 PM
delete........... |
|
|
|
|
|
|
|
ya tuhan, masih tak sedar diri rupanya
yang puji kata dia positif tu, hmmm
kalau dia berhenti menyanyi pun bukan satu langkah salah kalau mmg dah takde bakat
mungkin ni masa utk explore bidang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
So lama lg la kita kena mengadap dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
minime88 replied at 25-3-2021 12:30 PM
she did a good job. that is all that matters. pengajaran supaya jgn mudah patah semangat dgn kata ka ...
Nope. She definitely didn't do a good job. Faaarrr from it. This is coming from someone yg truly enjoyed all her songs! I had high hope she would do justice to the song. It was her own song after all. It was excruciating to watch from start to finish. She's been singing since when exactly? Zaman AF kan??? Xkan 1 lagu pon xboleh execute well??? 2-3 kali sumbang mambang time live org xkesah, but tiap tiap tiap kali???? This is her bread & butter kottt... |
|
|
|
|
|
|
|
adeh..
ingatkan up status this is it ari tu dah nak bersara menyanyi rupanya sekadar nak attention sajork.
mintak dipujuk.
jenis tak sedar lagi walaupun berbakul2 kena kritik kena kecam.
mungkin kulit beliau tebal sejenis kulit buaya barangkali. |
|
|
|
|
|
|
|
Nyanyi jer la ciknab. Lagu2 ciknab mmg catchy.But better record & release lagu je la. Xyah gigih perform either live or pre recorded. Penyanyi femes mcm Enya tu sendri xpernah wat live show. Semata2 carik mkn record & release lagu je. Hidup kaya raya. Ciknab pn pndai carik side income,blakon pn xkayu. For ur own peace of mind xperlu buktikan yg u can sing well coz it's been proven time & again that u CAN'T.
#sayackapikhlas
#sayaminatlaguciknab |
|
|
|
|
|
|
|
Hok aloh... nak meramaikan kg.com fools kah.. eh eh terkutuk plak. Suka la ko dok dapat attention sampah. I think the whole Malaysian entertainment industry should sink into a sinkhole. Dengan sampah macam ni, dengan retis tamak namatey suma dia nak concur, retis meroyan nak special treatment tapi i/tax takmo bayar, tv station lacurkan young, ‘cheap’ influencers yang mostly bertudung. |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin cantik dia... nynyi je lah slgi ko x kacau org.. btul la jgk itu periuk nasik ko lgpun keje mnyanyi je pun... klu x bgus lama2 bkubur jgk kerjaya tu kan.. skg ni slgi leh dpt duit sauk je peduli apa org kata bkn diorg yg byor bil ko |
|
|
|
|
|
|
|
u go girl.... |
|
|
|
|
|
|
|
sejak dia menyanyi terkucil kat AJL..tapi penghayatan dia berjaya...terus minat kat dia... |
|
|
|
|
|
|
|
konsepnye dont ever wrestle with a pig.. you'll both get dirty but the pig will enjoy it.. kalau nabilla jawab gini konfem meroyan la netizen.. hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun, tebal nya muka dia masih tak sedar diri lagi. Dah 7 tahun dalam industri ni, masih tak sedar suara tu mmg sumbang mambang |
|
|
|
|
|
|
|
hati kau keras Nabbbbbbbbbb |
|
|
|
|
|
|
| |
|