CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1897|Reply: 5

Rita Rudaini Tegur Pelakon Baru Bukan Sebab Dengki

[Copy link]
Post time 25-3-2021 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Rita Rudaini menyifatkan teguran diberi pelakon senior kepada bakat baru yang menceburi bidang lakonan bukan disebabkan iri hati atau berniat mahu menjatuhkan sesiapa.


Rita berkata, ia sebagai peringatan kepada mereka untuk mengambil teguran itu dari aspek positif dan seterusnya berusaha memperbaiki kekurangan itu supaya memudahkan banyak pihak.


Foto: IG




"Kerja lakonan ini bukan membabitkan seorang, tapi berpasukan. Jadi, teguran diberikan itu adalah untuk kebaikan, bukan sebab dengki atau apa-apa pun. Orang yang tak ada di set penggambaran tak nampak apa sebenarnya terjadi. Kami yang bekerja di lokasi yang menanggung semua itu. Bukan saya seorang saja cakap macam ini," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Rita, sebagai pelakon lama dan senior, dia sangat menyokong kehadiran pelakon baru sebagai pelapis.


"Saya dulu pun, mula-mula masuk ke penggambaran memang 'kayu' juga. Tapi, bezanya kita hormat dengan yang lama. Bila masuk ke set, memang kita rasa kecil dan rela pergi belajar dengan sendirinya. "Walaupun di situ bukan tempat belajar, tapi bila tak tahu kita akan tanya pengarah atau pelakon lain untuk minta pandangan. Tapi, pelakon sekarang tak semua macam itu. Ada yang duduk dalam kereta, main telefon," katanya.


  



Mengulas dakwaan mengatakan ada pelakon senior bersikap lokek ilmu, Rita menafikan perkara itu berlaku.


Katanya, pelakon senior sebenarnya lagi suka berkongsi ilmu kerana mereka juga yang akan berlakon sama.


"Umpamanya, takkan saya seorang saja nak memberi dalam lakonan, tak bolehlah itu. Masa zaman saya mula-mula dulu, kalau berlakon sesuatu watak sama ada boleh atau tidak, tetap akan cakap dengan pengarah untuk berbincang. Malah, selalu juga bertanya dengan pelakon senior.


"Sekarang, situasinya dah tak macam itu lagi. Ada pelakon baru yang tak nak bertegur sapa, apa lagi nak bertanya pasal watak dan berbincang dengan pelakon lain," katanya.




  



Rita berkata, dulu jika dia tak dapat membuat satu babak itu akan rasa malu sepanjang hari dengan semua orang.


Dia juga akan salahkan diri sendiri kenapa tak boleh buat dengan baik seperti pelakon lain.


Namun, sekarang apabila bersuara, orang akan kata dengki.


"Mereka tak tahu cerita sebenar di lokasi kerana sudah dihidangkan dengan produk yang cantik untuk tontonan tanpa cacat celanya oleh pengarah," katanya.




  



Terdahulu, media sebelum ini melaporkan kekecewaan pelakon dan pengarah, Isma Yusoof terhadap lakonan pelakon baru yang disifatkan 'kayu' ketika dia menggalas tanggungjawab mengarahkan drama Shah Alam 40,000.


Rentetan itu, ramai pelakon senior tampil bersuara berkongsi luahan mereka berhadapan kerenah segelintir pelakon baru, termasuk Rita sebagai salah seorang pelakon dalam drama berkenaan.


Namun, perkongsian luahan itu disalah erti segelintir pihak. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2021 09:15 AM | Show all posts
padahal ada la sikit2 10% dengki sebab dah takde job...

hanya 90% je niat dalam hati tu betul nak menegur...

eh hello kita sesama manusia harus ler tahu perasaan manusia agittew
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 09:26 AM | Show all posts
hidung dgn dagu mmg dah hampir ke arah witch/ rosmah man
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal cam muka alien adik beradik ET come home muka dia sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 10:19 AM | Show all posts
Dia punya caption berleter tanda sayang, kalau dah diam maknanya dah meluat, so adakan dia asyik berleter kat sebelah sana tu maknanya masih sayang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
marchikobonzo: Dia punya caption berleter tanda sayang, kalau dah diam maknanya dah meluat, so adakan dia asyik berleter kat sebelah sana tu maknanya masih sayang?


Sudah terang lagik bersuluh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.259361 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list