CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 549|Reply: 0

[Tempatan] Mangsa Lemas Kedua Di Pantai Batu Layar Ditemui

[Copy link]
Post time 25-3-2021 09:10 AM | Show all posts |Read mode


Berita Harian

Mary Victoria Dass
bhnews@bh.com.my

KOTA TINGGI: Mayat mangsa kedua kejadian lemas di Pantai Batu Layar, di sini, ditemui terapung berhampiran kawasan pantai pada jam 3.20 petang tadi.

Pengarah Maritim Johor, Nurul Hizam Zakaria berkata, susulan penemuan mayat Muhammad Hibatullah Hakim Razak itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 5.40 petang tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa berusia 23 tahun dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Sepang dan diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi tindakan lanjut.

Katanya, pihaknya menghargai kerjasama polis, Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan

(KKM), Majlis Perbandaran Pengerang dan orang awam yang membantu mencari mangsa.

"Kami menasihati orang ramai mengutamakan keselamatan termasuk ketika berkelah berikutan perubahan cuaca pada masa ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kegembiraan tiga sahabat bercuti di Pantai Batu Layar, di sini, semalam berakhir tragedi apabila dua daripadanya lemas dalam kejadian terbabit.

Mayat Muhammad Hariz Farhat Omar, 23, berasal dari Kedah ditemui orang ramai di celah batu kira-kira 30 meter dari tempat kejadian, semalam.

Mayat Muhammad Hibatullah pula dikesan selepas 28 jam kejadian itu oleh dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira 200 meter dari pantai.

Seorang lagi rakan sekerja mereka, Bonny Anak Meranat, 42, terselamat dalam kejadian itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.054496 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list