CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1727|Reply: 1

Malaysia, Singapura Saling Perakui Sijil Vaksinasi

[Copy link]
Post time 24-3-2021 09:39 AM | Show all posts |Read mode

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan pada sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA


Berita Harian

Luqman Arif Abdul Karim
luqman.arif@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura akan merintis usaha untuk memperakui sijil vaksinasi kedua-dua negara bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan pada masa depan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, menerusi kenyataan bersama menzahirkan komitmen sedemikian selepas mengadakan pertemuan di Putrajaya, hari ini.

Persetujuan bersama turut dicapai ke arah tekad menyediakan bekalan suntikan vaksin kepada warga Malaysia yang sudah lama menetap di Singapura dan layanan sama bakal diberi kepada penduduk republik itu di Malaysia.

"Kedua-dua negara akan menghidupkan semula perjalanan rentas sempadan, selain Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang-Alik Berkala (PCA).

"Ini dengan mengambil kira situasi semasa COVID-19 di kedua-dua negara dan memastikan kesihatan awam serta keselamatan penduduk sentiasa terjamin," kata kedua-dua pemimpin dalam kenyataan itu, hari ini.

Hishammuddin dan Balakrishnan turut menjelaskan, perincian lanjut berhubung Perakuan Timbal Balik Sijil Vaksinasi antara Malaysia serta Singapura bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Kedua-dua pemimpin berkata, antara perkara bakal diperhalusi dalam perakuan berkenaan mencakupi protokol kesihatan, prasyarat tertentu dan proses berkaitan perjalanan keluar masuk Malaysia-Singapura.

"Wujud kepentingan untuk mengukuhkan kerjasama Malaysia-Singapura dalam mendepani rantaian cabaran yang tercetus berikutan pandemik COVID-19, termasuk menghidupkan semula pergerakan rentas rentas sempadan.

"Semua ini bakal diusahakan dengan mengutamakan aspek kesihatan awam dan keselamatan penduduk kedua-dua negara," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin dan Balakrishnan turut membincangkan usaha penganjuran Sidang Pemukiman Pemimpin ke-10 dengan Singapura menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah.

Selari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan penyusutan angka kes harian, Malaysia-Singapura bersetuju untuk memulakan kembali rundingan dua hala secara bersemuka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 12:09 PM | Show all posts
bukak la border utk yg dah divaksin..
tgk la berkesan tak berkesan vaksin tu..

border tak bukak, pastu bg pampasan 500k kalau mati sbb vaksin, lg la golongan anti-vaks bersorak riang..
dari tahun lepas camni.. takde kata putus..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.963175 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list