Model Serbia, Natalija Scekic mendedahkan yang dia pernah ditawarkan ASD70,000 untuk merekodkan filem seks bersama pemain tenis nombor 1 dunia, Novak Djokovic.
Kredit foto: Football24 News English
Bercakap kepada majalah Svet&Scandal, dia akui telah dibawa ke London, di mana dia difahamkan ia atas urusan perniagaan.
"Seorang lelaki telah menghubungi saya. Saya kenal dia dari London dan saya sifatkan dia seorang yang serius.
"Saya sudah biasa dengan kerja mereka dan mereka bagus. Bila dia ingin berjumpa saya, saya ingatkan ia untuk urusan kerja.
"Namun, selepas berbincang, saya lihat perkara itu tiada kaitan dengan hidup saya," katanya memetik laporan majalah itu.
Jelasnya, sewaktu pertemuan tersebut lelaki itu telah menawarkannya ASD70,000 untuk menggoda Djokovic atas niat menjejaskan perkahwinanya.
Kredit foto: IG svet_rs
"Saya merasakan ada kamera tersembunyi apabila lelaki itu meminta saya untuk menggoda Djokovic dan merakamkannya, tapi saya tidak perlu khuatir kerana segalanya telah diuruskan," dakwanya.
Jelasnya, selain wang tunai, dia turut ditawarkan pakej percutian ke mana sahaja yang dia mahukan.
"Saya ketawa dan mengharapkan lelaki itu akan berkata segalanya sekadar melawak.
"Namun, dia amat serius sekali gus menyebabkan saya berasa terhina dan dimalukan," katanya.
Scekic membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran itu selain berasa mahu 'menyimbah air' ke muka lelaki tersebut.
Malah, pada pertemuan itu, Scekic turut memuji Djokovic kerana menjadi individu terkemuka dalam sejarah tenis dunia serta membawa nama Serbia ke peringkat global.
Kredit foto: Flipboard
Djokovic telah berkahwin dengan Jelena Djokovic sejak 2014 dan dikurniakan sepasang anak.
Novak Djokovic dan pasukannya masih belum memberi sebarang maklum balas susulan dakwaan tersebut. |