Wanita berasa lucu apabila menerima nota daripada jirannya selepas diminta untuk memperlahankan bunyi ketika melakukan hubungan intim.
Nota tersebut dikongsikan menerusi video di aplikasi TikTok hingga menjadi tular, lapor Mirror.
Dalam nota tersebut, jirannya menjelaskan mendengar bunyi bising dari bilik tidurnya sejak empat hari lalu sebelum membuat keputusan untuk memberikan respons.
Antara kandungan mesej tersebut berbunyi: "Adalah sukar untuk saya tidur dalam keadaan bising begitu."
Bagi mengelakkan salah faham, jirannya itu memberi perincian bunyi bising yang disebabkan oleh hubungan intim.
Namun, mujur penerima nota itu seorang yang ceria dan menerima perkara itu dengan hati terbuka.
Kredit foto: victoriahuneidi29/tiktok
Dia kemudian membalasnya dengan kad hadiah berupa baucar Starbucks bernilai AS$50 (RM152).
Pemberian tersebut diharapkan dapat membantu melegakan jirannya itu yang sukar untuk tidur selama beberapa hari.
"Saya minta maaf atas kesulitan, saya akan mengawal volum saya.
"Terima kasih di atas budi bicara anda," katanya.
Sumber: mStar |