CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 962|Reply: 2

Nasihat Chong Wei bantu Zii Jia juarai All England

[Copy link]
Post time 22-3-2021 04:17 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: "Kamu perlu menjadi diri sendiri kerana jurulatih tidak boleh membantu dengan banyak ketika kamu berlawan di atas gelanggang."


Itulah nasihat daripada pemain badminton tersohor dunia Datuk Lee Chong Wei yang amat bermakna sekali hingga membantu pemain perseorangan badminton utama negara Lee Zii Jia, untuk berusaha sehingga memenangi Kejohanan All England 2021 malam tadi.


Zii Jia, pemain nombor 10 dunia, yang juga pemain pilihan keenam kejohanan, telah mengatasi kesemua halangan dengan menewaskan juara bertahan yang juga pemain pilihan kedua Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-19, pada perlawanan akhir malam tadi yang berlangsung selama 74 minit di Utilita Arena, Birmingham.


Pemain kelahiran Alor Star berusia 22 tahun ini mengakui, Chong Wei yang telah memenangi kejohanan badminton tertua dunia itu empat kali, kerap berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata semangat sebelum beliau memasuki gelanggang pada mana-mana kejohanan.


"Chong Wei juga berkata, jurulatih akan membantu kamu 20 peratus, manakala kita perlu ada lagi 80 peratus untuk berlawan," katanya dalam satu video dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media.


Mengenai perlawanan akhir Zii Jia berkata, beliau hanya mendapat satu peluang memenangi gelaran itu, dan ia adalah pada ketika Axelsen mula hilang fokus pada set penentuan.


Zii Jia mengakui yang dia mengasak ketika Axelsen keletihan, sehingga menjarakkan mata dari pemain Denmark itu, bagi membolehkan beliau menang.


"Tentunya ia satu perlawanan yang sukar, terutamanya pada set pertama, dan selepas tewas pada set kedua, saya katakan pada diri saya hanya untuk fokuskan pada setiap mata pada perlawanan ini, kerana jika saya hilang tumpuan, pihak lawan akan menggunakan kelebihan itu.


"ada saya, kami berdua bermain dengan amat baik, sehingga set ketiga, di mana Axelsen mula hilang fokus dan pada ketika itu, saya ada kelebihan untuk menewaskan beliau," katanya.


Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu menegaskan, sukar mengambarkan perasaannya sebaik memenangi gelaran berprestij itu dan apa yang lebih menarik, beliau berjaya menewaskan Axelsen yang mengalahkan beliau pada peringkat separuh akhir, tahun lepas.


"Saya rasa gembira, sedih dan teruja...kesemuanya ada pada saat itu," katanya.


Sementara itu Axelsen mengakui yang beliau keletihan selepas menghadapi permainan yang panjang pada perlawanan-perlawanan, sebelum perlawanan akhir dan telah menyebabkan beliau tewas perlawanan itu.


"Saya rasa yang saya telah kehabisan tenaga selepas bermain perlawanan-perlawanan yang panjang sebelum ke perlawanan akhir... Zii Jia adalah pemenang sebenar dan saya mahu mengucapkan tahniah kepada beliau," kata pemain nombor dua dunia itu.


Ini merupakan kemenangan kedua Zii Jia dalam lima pertemuan bersama Axelsen, yang bertanding buat kali ketiga berturut-turut pada perlawanan akhir kejohanan itu.


Kemenangan Zii Jia itu meletakkan nama Malaysia pada senarai pemenang All England, selepas kali terakhir dimenangi Chong Wei pada edisi 2017.


Kejayaan itu juga menamatkan kemarau tiga tahun Zii Jia tanpa gelaran, selepas memenangi Terbuka Taiwan pada 2018 apabila beliau mengalahkan Riichi Takeshita dari Jepun 21-17, 16-21, 21-11, sebelum tidak menyertai apa-apa kejohanan selama setahun akibat COVID-19.






Sumber - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus...dengar nasihat senior{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 08:35 AM | Show all posts
Suka la dengar cerita2 inspiration camni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.058196 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list