CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2999|Reply: 7

Tamak Ambil Job Sana Sini Tapi Menyusahkan Orang Lain- Hj Zil Tempelak Artis Man

[Copy link]
Post time 22-3-2021 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Penerbit Fadzil Teh menempelak sikap pelakon atau artis yang dianggap tamak dalam mengaut tawaran berlakon sehingga menyusahkan pihak produksi dan pelakon lain.


Fadzil berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh pihak stesen televisyen yang memilih pelakon utama bagi membintangi sesebuah drama.


Kredit foto: IG




"ihak TV kena tengok masalah artis utama yang diberi tanggungjawab. Sebelum penggambaran semua okay, apabila sudah mulakan penggambaran jadual lintang pukang dan ke sana ke sini.


"Mereka yang menjadi mangsa, artis lain yang watak pembantu dan kru produksi. Penggambaran dan bajet bertambah. Orang TV bukan nak ambik tahu. Mereka tahu material masuk (siap). Namun, nak buat macam mana isu ini sudah berlarutan lama," katanya.


Menurut Fadzil, artis atau pelakon utama yang sering menjadi pilihan stesen TV perlu ubah sikap menjadi individu yang lebih bertanggungjawab.


  



  



"Sepatutnya artis atau pelakon utama ini berubahlah menjadi artis yang berdisiplin yang tak menyusahkan hidup orang lain. Bayaran sudahlah mahal, cekup (ambil) tawaran sana sini. Watak  pembantu pula bayaran tak besar.


"Kalau nak lari (ambil) tawaran lain nanti, jadual lagi berterabur. Tak tahu nak buat macam mana. Itu lah orang pesan pada yang nak menjadi penerbit,  kalau takut ombak jangan buat rumah tepi pandai," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sapo jah retis yang ambik banyak job keluar tv chuolss? mek yenna dick kah? mek kemut kah? meerqen? sherry hadad? sapoo?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersangka baik je la bang jil. Mungkin retis banyak komitmen tu pasal sauk semua job datang
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 04:11 PM | Show all posts
mmg betul  menyusahkan

artis artis yang tamak semua nak kaut..menyusahkan produksi.

menyusahkan stesen tv
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 07:16 PM | Show all posts
dalam gmbr 1st tu belakang dia Ritrude...
mcm tagged team pulak dua2 meroyan pasal orang2 dalam industri minggu ni...
taulaa geng... meruyans pun nak lebih kurang jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:36 PM | Show all posts
baru perasan muka dia sama ngn mokhtar radin

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngantokkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je yg amik job2 bertindih2.. Janji masyukkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.443262 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list