View: 1766|Reply: 17
|
Disaman Kerana Memandu Lori Tanpa Memakai Topi Keledar?
[Copy link]
|
|
Seorang pemandu lori di negeri Odisha, timur India disaman sebanyak 1,000 rupee (RM56.64) kerana kesalahan tidak memakai topi keledar semasa memandu lori-nya, lapor portal berita News 18 kelmarin.
Pramod Kumar Swain dari daerah Ganjam sebelum itu mengunjungi pejabat pengangkutan tempatan untuk memperbaharui permit lorinya.
Kredit foto: ANI/Twitter
Namun, dia dimaklumkan bahawa kenderaan yang dipandunya mempunyai saman tertunggak atas kesalahan memandu tanpa memakai topi keledar.
Berdasarkan laporan media tempatan, Pramod cuba mendapatkan penjelasan pegawai bertugas, namun tidak mendapat jawapan yang rasional dan dia terpaksa membayar saman itu sebelum permit lorinya boleh diperbaharui.
Menurut Pramod, dia memandu lori sejak tiga tahun lalu dan terlibat dalam perkhidmatan pembekalan air.
Dia kesal kerana pegawai jabatan berkenaan tidak dapat memberi penjelasan munasabah sehingga menyebabkan gangguan kepada orang awam dan mengutip wang rakyat de-ngan cara yang salah.
“Kerajaan perlu bertindak untuk mengelakkan kesilapan tersebut berulang,” katanya.
Ini bukan kali pertama insiden seumpamanya berlaku.
Tahun lalu, polis di negeri Uttar Pradesh pernah mengeluarkan saman kepada seorang lelaki yang memandu kereta tanpa memakai topi keledar.
Seorang lelaki lain dari bandar Aligarh juga di negeri Uttar Pradesh, disaman 500 rupee (RM28.35) kerana tidak memakai topi keledar semasa memandu kereta pada Ogos 2019.
Lelaki itu, Piyush Varshney dilaporkan mula memakai topi keledar ketika memandu sebagai tanda protes.
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
habis orang naik
motor tak pakai seat belt xkena saman pula? |
|
|
|
|
|
|
|
sjak bila PN jadi gomen kt sana ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia, bawak chasis rangka bas kena pakai helmet |
|
|
|
|
|
|
|
dia ingat nak masuk f1 ke kena drive pakai helmet?? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 kes pelik kat Uttar Pradesh |
|
|
|
|
|
|
|
Adalah tu pemilik motosikal yang sakit otak menggunakan reg# Lori dia ni!
Kes hampir sama seperti pesakit otak Dalam forum ni yang nak jadi kembar saya! |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak derrr...{:run{:run{:run |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar plak la undang2 jln raya depa ni. Bwk keta/lori kena pakai helmet plak |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Abahcow memang semakin pelik |
|
|
|
|
|
|
|
fido_dido replied at 20-3-2021 10:58 PM
dia ingat nak masuk f1 ke kena drive pakai helmet??
Malaysia patut buat mcm ni. Ramai sgt yg srupa msuk f1 |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha...Kelakar pulak bunyinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 yang kat tanah air tak ada yang terikut macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pakai topi keledar kena saman. Kalau kes rogol? |
|
|
|
|
|
|
| |
|