View: 5458|Reply: 43
|
Noh Salleh Kecewa, Masyarakat Perlekeh Kerja Amal Artis
[Copy link]
|
|
Penyanyi Noh Salleh kecewa apabila kerja amal yang dilakukan segelintir selebriti diperlekehkan oleh masyarakat.
Penyanyi kumpulan Hujan ini berkata, mereka perlu kuat kerana mentaliti negatif begini sukar diubah dan dia enggan melayannya.
Foto: IG
"Tak boleh ubah dan tak boleh layan. Dari layan benda yang memenatkan fikiran, baik layan benda yang positif. Jangankan selebriti, misi CSM (Cinta Syria Malaysia) pun dipertikai. Yang mempertikaikannya pun ustaz-ustaz juga.
"Kita tak boleh kategorikan orang yang kurang minda ini sebagai tak Islamik. Yang ada gelaran ustaz pun lebih kurang juga," katanya ditemui pada sidang media pelancaran Kopstar Got Milk Charity Virtual Run 2021 semalam.
Menurutnya, dia menganggap ini sikap manusia dan agak sukar mengubah minda mereka.
"Mereka kena ambil pengajaran bahawa usaha ini sesuatu yang harus mereka sertai. Mungkin satu hari nanti orang takkan buat kerja kebajikan kerana semua orang dah senang. Ibadah amal ini kalau tiada yang buat pasti pupus. Mungkin sebab artis, apabila warganet cakap sikit terus terasa hati.
"Sebagai aktivis kita kena pekakkan telinga. Kita nak tolong orang sehingga ke akar umbi. Kalau baru nak bermula dah kena kritik dan lemah, baik tak payah dan jadi artis sahaja," katanya.
Noh dan isterinya Mizz Nina memang terkenal dengan misi amal dan pernah menjayakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia yang kedua pada 2019.
"Disebabkan Covid-19 saya terlepas misi bantuan musim sejuk, misi bantuan Ramadan dan misi Raya Korban.
"Sekarang dengarnya di Syria CSM dan beberapa agensi lain buka perkampungan untuk pelarian Syria yang dinamakan perkampungan Melayu. Saya bangga kerana semuanya diusahakan oleh orang Malaysia. Tapi tak dapatlah nak pergi," katanya.
Menurutnya, dia bersama isteri serta beberapa pihak termasuk usahawan Khairul Hakimin mengadakan mesyuarat berkenaan perkara ini pagi semalam.
"Kami buat ketetapan siapa yang nak pergi bolehlah, tapi terus sambung misi Ramadan pula. Takkan sebulan pula nak tinggal di sana. Kemudian apabila balik di Malaysia kena kuarantin dua minggu pula. "Saya tak kisah berada lama di Syria tapi apabila balik Malaysia kena jalani kuarantin itu yang masalah," katanya yang turut terbabit dengan misi amal Kopstar (Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad). -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biase la kene perlekeh.
Sbb retis, and korang ramai kenal, lg la ramai perlekeh.
Bukan ke mende tu biase |
|
|
|
|
|
|
|
{:laugh nak buat camne retis pun manusiq |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la tu, tapi mizz nina ni iols takkan perlekeh. App dia tu pun letop dan iols masih pakai.
Kecuali kalau tu siti sarah, dia menderma ke apa semua tu untuk marketing dan menunjuk. Uols semua jangan percaya dengan chucky ittew. |
|
|
|
|
|
|
|
Tayah tlg syiria tu bole tak
Negara erebs sekeliling tu kaya raya ...
Rakyat kita ni bersepah merempat |
|
|
|
|
|
|
|
Ex Zarema bini Aidil. Selalu reputs suka nak provoke, takmo tanya Zarema apa dia rasa? Hahaha. Sampah sungguh reputs kat Mesia ni |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 20-3-2021 12:55 PM
Tayah tlg syiria tu bole tak
Negara erebs sekeliling tu kaya raya ...
Rakyat kita ni bersepah mere ...
aku dari dulu klu support syria ni mmg kurang laaa
taoi klu infaq utk rakyat malaysia aku mmg buat ...
sbb dlm islam mmg dah kata , tolong keliling kau dulu bila dah xde baru ko tolong org lain , macam yg ebit liew buat ...
dia byk duit, dia p cari org susah
bukan org susah g mengemis kat dia
dia p cari yg kat lorong2 ...
ada ler yg bagitau dia kat mana kat mana
macam ketua kampung
klu ikutkan , diorg ni kena bagi bantuan
tapi ketua kampung and ajk masjid kenyang ambik duit derma buat gaji memasing... takpaham aku
jihad la kat negeri sendiri dulu sblm jihad kat negara org ... zzzzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 20-3-2021 02:17 PM
aku dari dulu klu support syria ni mmg kurang laaa
taoi klu infaq utk rakyat malaysia aku mmg ...
Laknat kan aje ketua kmpung sidang2 mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
kerja amal tkpe jngn kerja anal
kalau kerja anal siap la korang diperleceh
|
|
|
|
|
|
|
|
"Kami buat ketetapan siapa yang nak pergi bolehlah, tapi terus sambung misi Ramadan pula. Takkan sebulan pula nak tinggal di sana. Kemudian apabila balik di Malaysia kena kuarantin dua minggu pula. "Saya tak kisah berada lama di Syria tapi apabila balik Malaysia kena jalani kuarantin itu yang masalah,"
knp masalah nk kuarantin tu? tah la Noh. kt Malaysia byk lg org yg susah lagi2 dek kerna pandemik ni. sejak kantoi berite yg palestine tak dpt pun so called bantuan ni iols mmg pangkah je. lgpun afdhal tlg dalam negara sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu noh hujan ni mengingatkan zaman rumaja aku zaman panjat pagar skola dulu zaman mula kenal cinta gittuhh..alahai skang da remaja purba da beranak dua da pun skang..kenapa masa cpat nau berlalu???{:cryrun{:cryrun{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
Gi la kedai mkn die kat ampg tu.. Laksa sarawak... |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 20-3-2021 01:07 PM
Ex Zarema bini Aidil. Selalu reputs suka nak provoke, takmo tanya Zarema apa dia rasa? Hahaha. Sampa ...
silap benang ke apeni hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Takyah la hebohkan org perlekeh ke tidak. Yg penting Allah tahu kita buat sesuatu tu kerana apa |
|
|
|
|
|
|
|
Mulotkoyak replied at 20-3-2021 08:37 PM
Gi la kedai mkn die kat ampg tu.. Laksa sarawak...
Nama kedai dia laksa sarawak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Bg aku la
Tolong org dlm negara sendiri dulu
Sbb dkt malaysia ni masih ramai lg yg hidup susah
Duk tolong org negara luar org sendiri diabaikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|