Pelakon Izara Aishah menafikan bahawa ciapannya di Twitter mengenai Sharifah Rose adalah cubaan mengecam pengamal media sosial terkenal itu.
Sebaliknya, jelas Izara dia memberi contoh Rose adalah mereka yang dikalangan ‘instafamous’ yang sememangnya berlakon sebelum terkenal. Kongsinya lagi, dia mengharapkan agar bakat gadis itu akan terus berkembang.
 Kredit foto: IG Rose/Izara
Tegas Izara, dia tidak mencemburui atau cuba menutup rezeki mana-mana pihak namun hanya sekadar meluahkan rasa kecewa melihat sikap sesetengah pelakon baharu yang tidak serius untuk berlakon.
Malah, dia turut berkata hanya mengambil prinsip membawa haluan sendiri berbanding mengambil tahu akan perihal orang lain.
Terdahulu, Izara mempersoalkan tindakan stesen TV yang lebih memilih Instafamous untuk tawaran berlakon disebabkan bayaran mereka yang dikatakan murah.
Pelakon berusia 29 tahun ini berharap agar Instafamous yang ingin menjadi pelakon menjaga disiplin dan lebih serius dalam bidang tersebut.
Sumber: Murai |