CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 873|Reply: 1

Penyokong dibenarkan ke stadium bulan hadapan

[Copy link]
Post time 19-3-2021 09:03 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak negara akan dibenarkan hadir ke stadium untuk menonton perlawanan saingan Liga Malaysia (MFL) bermula 1 April ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu juga meliputi kehadiran penonton ke stadium bagi semua kejohanan sukan dengan beberapa syarat.


Beliau berkata, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya 10 peratus kapasiti penonton atau 2,000 orang dibenarkan, dan untuk kawasan PKP Pemulihan (PKPP), 25 peratus kapasiti penonton atau 8,000 orang dibenarkan.


"Kebenaran itu juga tertakluk kepada kawalan penyeliaan sepanjang masa," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.


Menteri Pertahanan itu berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN), Selasa lalu, selepas mendengar pembentangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai permohonan kemasukan penonton ke stadium atau lokasi acara sukan.


"Atas pandangan serta penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM), mesyuarat bersetuju membenarkan kehadiran penonton dengan syarat ditetapkan.


"SOP yang perlu dipatuhi adalah tiket hanya dijual secara dalam talian sahaja, penjarakan fizikal minima 1.5 hingga 2 meter di antara setiap penonton dan operasi jualan hanya dibenarkan di kedai sedia ada di kawasan stadium sahaja.


"Selain itu, perkara yang amat perlu diberi perhatian adalah pergerakan masuk dan keluar penonton secara berjadual dan tersusun," katanya.





Ismail Sabri berkata, kebenaran berkuatkuasa mulai 1 April itu dengan dua acara perlawanan bola sepak dalam MFL yang akan dibenarkan dahulu sebagai percubaan atau proof of concept.


Selain itu, beliau berkata, KBS, MKN dan KKM akan turut memantau dan membuat penilaian pematuhan protokol yang ditetapkan khususnya dalam aspek pergerakan, kemasukan dan penyuraian penonton semasa perlawanan itu nanti.




Sumber : BeritaHarian


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yahuuuuuu cant wait
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.680357 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list