CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1313|Reply: 4

Kunci Rumah Tertinggal, Bapa ‘Seludup’ Anak Masuk Ikut Tingkap

[Copy link]
Post time 18-3-2021 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Kunci Rumah Tertinggal, Bapa ‘Seludup’ Anak Masuk Ikut Tingkap

Pengalaman tertinggal kunci rumah ini pastinya pernah dirasai kebanyakan dari kita. Setiap kali nak keluar, boleh pula terlupa nak bawa sekali kunci rumah kan. Sama juga seperti yang dilalui keluarga ini apabila mereka terlupa untuk membawa kunci rumah semasa keluar. Sebaik saja tiba di depan pintu rumah, barulah mereka sedar tentang kesilapan itu.

Tetapi si bapa lebih bijak apabila dia mendapatkan pertolongan daripada anak kecil mereka. Bapa ini membantu anaknya memasuki rumah dari bahagian tingkap. Lebih mencuit hati, keletah anak kecil ini yang tidak faham dengan apa yang berlaku hanya menuruti saja arahan daripada bapa.

Video : https://www.tiktok.com/@muzkille ... 6940226835091426562

Macam yang dapat disaksikan di dalam video ini, bapa ini membuka bahagian tingkap bersebelahan pintu rumah mereka. Kemudian, anak kecil mereka dimasukkan ke dalam rumah dengan berhati-hati. Pada mulanya, anak kecil ini kelihatan bingung dan seperti mahu menangis tetapi dipujuk dengan lembut oleh kedua ibu bapanya.

Anak kecil itu juga begitu bijak sekali memahami arahan kedua ibu bapa yang memintanya membuka pintu. Tidak berapa lama kemudian, kanak-kanak ini muncul sebagai hero dan membuka pintu rumah untuk membantu ahli keluarganya masuk. Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap tenang yang ditunjukkan kedua ibu bapa ini dalam menangani situasi cemas seperti ini.

“Budak yang baik. Ni lah pelapis bomba tahun akan datang.”




“Ya Allah sama betul macam aku masa kecik dulu. 100% sama.”




“Budak tu pun blur kejap kenapa masuk kat tingkap.”





“Soft spoken nyaa mak bapak dia.”




Bukan itu saja, netizen juga turut memuji sikap lemah lembut kedua ibu bapa ini ketika bercakap dengan anak mereka ini. Mereka juga tidak lupa memberikan pujian kepada kanak-kanak ini selepas berjaya membukakan pintu rumah untuk mereka. Selain itu, ramai juga yang berkongsikan pengalaman yang sama semasa kanak-kanak dahulu.

SUMBER
TIK TOK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 01:35 PM | Show all posts
Nasib anaknya cerdik faham arahan kalau tak kena umpil juga akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Clever
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 10:09 PM | Show all posts
takut tercocok yachh besi tingkap tajam kat tepi2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha dulu2 masa kecik pernah jadi, kita la yang jadi mangsa masuk ikut tingkap. Ada sekali tu sebab balik kampung sebulan, jadi memang parent kunci jugak dari dalam sebab ye la, duduk rumah setinggan je, kalau kunci dekat luar je memang senang la orang nak pecah masuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038872 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list