View: 5234|Reply: 39
|
[Dunia]
Anak tipu ibu bagi dapatkan wang dari ibu, kuhnun2nya study di Oxford. Ibu beker
[Copy link]
|
|
Anak tipu ibu
https://www.hmetro.com.my/global ... 85283/anak-tipu-ibu
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mac 2021 @ 7:10 AM
Agensi
KISAH pengorbanan Gulseren yang tular di media sosial. - Twitter
Istanbul: Seorang anak tergamak menipu ibunya dengan mengatakan dia menuntut di Universiti Oxford di United Kingdom (UK) untuk mendapatkan wang bagi menampung gaya hidupnya.
Sedangkan, wanita itu sebenarnya tidak pernah meninggalkan Turki dan bekerja sebagai ejen hartanah di sini.
The Sun melaporkan Merve Bozkurt, 25, memberitahu ibunya, Gulseren, 57, bahawa dia memerlukan duit lebih untuk membiayai pengajian di universiti terkemuka itu.
Ia menyebabkan wanita itu terpaksa bekerja keras dengan menjual bunga untuk menampung kos pengajian anaknya.
Hakikatnya, Merve bukan saja berbohong menjadi penuntut Universiti Oxford, malah tidak keluar dari Turki kerana tidak memiliki pasport.
Helahnya terbongkar apabila sebuah stesen televisyen tempatan menemu bual si ibu mengenai kegigihan mencari wang bagi membiayai pengajian anak.
Pengorbanan Gulseren menjadi tular dan dia menerima sumbangan bagi membantu Merve 'menamatkan pengajian yang memasuki tahun kelima itu.'
Bagaimanapun, semakan mendapati nama Merve tidak ada di dalam senarai penuntut Oxford dan wanita itu didesak untuk menceritakan perkara sebenar.
Dia kemudiannya meminta maaf kepada orang ramai dan kesal kerana mengecewakan ibunya.
"Saya mereka-reka cerita dan membuat semua orang percayakan saya.
"Sebenarnya saya bekerja dengan syarikat hartanah di Istanbul selama ini," katanya.
Sebelum ini, Gulseren menerusi wawancara disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan berkata, dia mempunyai dua orang anak.
Katanya, selama lebih 10 tahun, dia menjual bunga di bandar Antakya dan membiayai pengajian mereka dengan cara itu.
Wanita itu berkata, suaminya tidak mempunyai kerja tetap dan kadang-kadang membantunya menjual bunga di kawasan perkuburan.
"Dengan duit itu, saya membiayai pendidikan anak-anak.
"Jika seseorang itu sihat, bekerja adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan. Seronok dapat membelanjakan wang yang diperoleh untuk anak-anak," katanya.
|
Rate
-
3
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gadis tipu ibu jadi pelajar Oxford
https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... adi-pelajar-oxford/
Oleh KOSMO!
18 Mac 2021, 12:00 pm
KISAH Gulseren (kiri) dan anaknya, Merve (kanan) tular selepas didapati wanita itu ditipu anak sendiri yang konon belajar di Universiti Oxford – NEWSFLASH
ANKARA – Seorang gadis di Turki berpura-pura menjadi pelajar Universiti Oxford dan tergamak menggunakan duit kiriman ibunya yang bekerja keras menjual bunga untuk hidup mewah, lapor portal The Sun UK, kelmarin.
Merve Bozkurt, 25, menggunakan pendapatan jualan bunga ibunya, Gulseren, 57, kononnya bagi menampung kos hidup di universiti tersebut.
Sebaliknya, dia yang tidak memiliki pasport masih berada di dalam negara dan menjadi ejen hartanah di Istanbul.
Tembelangnya pecah apabila stesen televisyen tempatan menyiarkan kegigihan ibunya yang sanggup berkorban untuk keluarga dengan menjual bunga di luar kawasan perkuburan.
Kisah Gulseren menjadi tular dan dibanjiri tawaran derma termasuk biasiswa bagi menampung kos pengajian anak gadisnya yang mendakwa sudah menyelesaikan tahun kelimanya di universiti itu.
Bagaimanapun, namanya tidak ditemui dalam senarai pelajar Oxford.
Gadis Turki yang mendakwa sedang menuntut di tahun kelima kursus perubatan di Universiti Oxford. – Twitter
Dia dilaporkan telah meminta maaf secara terbuka dan mengakui sikapnya yang tidak bertanggungjawab itu.
“Saya mereka-reka cerita. Saya membuat orang percaya kisah ini termasuk diri saya sendiri.
“Sebenarnya selama ini saya bekerja sebagai ejen hartanah di sebuah syarikat di Istanbul dan tidak pernah melanjutkan pengajian ke luar negara,” kata Bozkurt. – Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah la menipu, berani pula nak masuk Tv |
|
|
|
|
|
|
|
Sampainye hati anak..pandai ke anknye tu..klu x pandai tiba2 sambung belajar ke oxford tu mmg mengong sgt lah klu mak nye purcaya.klu jd agent hartanah bukan hidup mewah jgk ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tergamak betul anak turki liberal tu buat macamtu dekat mak. Mak susah payah kerja nak bagi duit. Mesti jenis terpengaruh dengan sosial media lepastu nak enjoy sana sini. Tak sedar diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau maknya tak masuk tv, entah sampai bila la anak tu nak menipu. Mak kerja keras cari duit, dia habiskan untuk berjoli hidup mewah bagai. Derhaka betul. |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia pun actually lawa jugak tu yang maknya gigih sayang benar |
|
|
|
|
|
|
|
kesian mak dia....bukan sllu org beli bunga..taktaw la klu kat turki tu...haishh |
|
|
|
|
|
|
|
Definisi anak derhaka alaf baru |
|
|
|
|
|
|
|
Eh hanatnya, ko pulun keje dan bagi gantirugi semula kat mak ko
Hope netizen turki tuntut bela bagi pihak maknya |
|
|
|
|
|
|
|
Acik sumpah anak acik jadi jongkong emas 1 tan
Pastu acik gadai
Acik boleh bersara dari jadi wanita penjual bunga & hidup dlm kemewahan sebagai galang ganti penat lelah acik menyara anak taguna tu selama ni |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu lah balasan buat mak macamtu..
akhirnya AIB sendiri semua orang tahu..
|
|
|
|
|
|
|
|
ckenj replied at 18-3-2021 02:25 PM
kesian mak dia....bukan sllu org beli bunga..taktaw la klu kat turki tu...haishh
Sana culture deorang rajin beli bunga fresh, tapi bukan untuk orang mati macam dalam artikel kata tu, lebih kepada hiasan rumah atau kedai. Kat restoran2 pun semua bunga fresh je deorang hias. Lawaaa betul turki, beruntung negara tu. |
|
|
|
|
|
|
|
owh rupanya.. terima kasih that info.
|
|
|
|
|
|
|
|
meleleh airmata aku terkenangkan ibu aku
Bila sudah besar perpisahan tu mcm biasa kannn
kalaulah aku xbesar-besar mcm sinchan setiap tahun hanya belajar di Tadika
kan bodoh mcm tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|