CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8229|Reply: 5

Panduan Pengguna Mengenai Kenderaan. Membeli & membaiki

[Copy link]
Post time 26-8-2004 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengguna yang bijak sepatutnya tidak merasa bimbang apabila kenderaan mereka rosak dan perlu dihantar ke bengkel membaiki kenderaan. Apa yang penting adalah setiap pengguna perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum mengambil tindakan yang wajar. Berikut disenaraikan beberapa panduan penting untuk mengelak daripada ditipu oleh mekanik dan pengusaha bengkel membaiki kenderaan;

Jika berlaku sesuatu kerosakan, cuba bertanya rakan atau saudara-mara mengenai bahagian yang rosak dan kos yang biasa dikenakan oleh bengkel.

Jika telah mengetahuinya, barulah pergi ke bengkel dan bertanya kos membaiki bahagian kenderaan yang rosak.

Selepas itu, tanya alat ganti yang diperlukan dan upah memasangnya.

Andainya dirasakan terlalu mahal dan harga alat yang perlu diganti melebihi jangkaan anda, ada baiknya anda pergi ke bengkel lain untuk mendapatkan pandangan mereka pula.

Jika kerosakan yang dikesan adalah sama dan tetap memerlukan alat ganti, tanya di mana kedai alat ganti paling hampir dan menawarkan harga berpatutan serta kos memasangnya. Sekiranya berpatutan, barulah meminta mekanik membaikinya.

Tetapi jangan sekali-kali meminta mekanik berkenaan membeli alat ganti untuk anda kerana harganya akan ditambah sekali ganda daripada harga di kedai alat ganti.
Sepanjang kerja-kerja membaiki kerosakan pastikan anda sentiasa berada di bengkel. Jika tidak, mungkin alat di dalam kenderaan anda akan dikeluarkan atau diganti dangan alat tiruan dan terpakai. Alat ganti terpakai biasanya diperolehi daripada kereta potong atau kenderaan curi. Perbuatan sebegini kerap dilaporkan sebelum ini.

Apabila telah selesai dibaiki, pastikan alat tersebut berfungsi dengan baik bagi mengelakkan berulangnya kerosakan yang sama dalam jangka waktu yang singkat. Ada bengkel yang tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku semula kerosakan walaupun mereka baru beberapa hari membaikinya.

Apabila menerima bil, tentukan anda mendapat penyata terperinci yang mengandungi maklumat tentang upah, harga alat tambahan yang baru dipasang serta alat ganti yang digunakan.

Jika harganya berbeza daripada yang dinyatakan, jangan dibayar jumlah berkenaan kecuali yang telah dipersetujui sebelum ini.

Sekiranya pemilik bengkel enggan menerimanya dan mahukan bayaran penuh, hubungi pihak berkuasa untuk mendapat khidmat nasihat dan jika perlu membuat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna agar tindakan boleh dikenakan ke atas pemilik bengkel berkenaan.

Pastikan anda menyimpan setiap bil dan resit bayaran untuk memudahkan anda semasa urusan- urusan membuat aduan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2004 12:18 PM | Show all posts

Panduan Pengguna Mengenai Kenderaan. Membeli & membaiki

Panduannya:-

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Langkah 1 - Sediakan bajet agar anta tahu jumlah perbelanjaan yg merangkumi:-
* Berapa banyak wang perlu dikeluarkan untuk membeli kereta baru atau terpakai
*Berapa wang pendahuluan?
* Berapa ansuran bulanan yg anda mampu?

Langkah 2 - Dapatkan salinan laporan kredit anda.  Apbila anda berurusan dengan wakil penjual kereta, pasti anda tidak mahu mereka lebih mengetahui kedudukan kewangan anda.  Ini dapat mengelakkan putar belit wakil penjual kereta (misalnya, menaikkan harga disebabkan laporan kredit yg tidak menyakinkan)

Teliti Kereta Yang Hendak Dibeli

Langkah 1 - Pastikan ciri-ciri yang anda inginkan pada sebuah kereta.  Banyak jenis kereta di pasaran sebab itu anda perlu membuat pilihan yg bijak.  Senaraikan kemahuan mengenai kereta idaman.  Misalna:-

* Kereta automatik atau manual?
* Kereta biasa, pelbagai guna (MPV) atau pacuan empat roda?
* Berapa lama perjalanan harian pergi balik dari rumah ke tempat kerja?
* Adakah tempat duduk boleh diubahsuai (jika anda rendah atau tinggi dan
   memerlukan pengubahsuaian)
* Adakah tempat menyimpan barang mencukupi?
* Adakah di lengkapi pemain kaset atau cakera padat?
* Berapa ramai penumpang?
* Adakah anda mencara warna tertentu (tidak semua kereta ada warna
   pilihan anda
* Berapa kelajuan maksimum?

Langkah 2 - Pandu uji kereta.  Teliti sistem brek, alat pandu, rekaan dan ciri-ciri keselamatan

Langkah 3 - Layari laman web kereta pilihan supaya dapat ketahui lebih lanjut model kegemaran

Langkah 4 - Bandingkan kadar pinjaman daripada beberapa institusi kewangan supaya anda dapat membuat perbandingan dan pilihan terbaik

Tetapkan Keputusan

Langkah 1 - Dapatankan anggaran dan harga sebenar kereta.  Apabila anda mengetahui harga kereta pilihan, mudahlah andba berunding dengan wakil penjual.  Pastikan wakil penjual menyediakan sebut harga secara bertulis supaya tiada sebarang pencanggahan selepas itu.

Langkah 2 - Jika anda menjual kereta lama untuk membeli kereta baru (trade in) kepada wakil penjual, dapatkan harga terbaik.  Anda juga boleh menjual sendiri bagi mendapatkan harga lebih tinggi.

Langkah 3 - Selepas persetujuan dicapai, kerap kali wakil penjual cuba memujuk anda supaya membeli aksesori tambahan.  Jangan hiraukan pujukan ini kerana kebanyakkannya membazir wang.

tq

[ Last edited by kuppit on 26-8-2004 at 01:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2004 01:27 PM | Show all posts
Saudara mizelly,

Post Awak Mengenai

Panduan Membeli Kenderaan

Saya Dah cantumkan Dengan

Mengelak Dari Ditipu ketika membaiki kenderaan

dan menjadi tajuk

Panduan Pengguna Mengenai Kenderaan. Membeli & membaiki
So, untuk 2 post ini, seperti yang saya janjikan, saya dah add sebanyak +6 untuk setiap post
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2004 02:28 PM | Show all posts
tq
Reply

Use magic Report

qamariah This user has been deleted
Post time 30-8-2004 12:09 PM | Show all posts

Panduan berguna

terima kasih kerana sharing.. selalunya pembeli wanita selalu kena tipu bila bab - bab beli kereta ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 12:16 PM | Show all posts
good info
teruskan dan tambahkan lagi info
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054061 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list