View: 900|Reply: 6
|
Labrador Dilatih Kesan Individu Tidak Bergejala
[Copy link]
|
|
Enam anjing penghidu jenis Labrador digunakan untuk mengesan individu dijangkiti Covid-19 tanpa gejala di lapangan terbang dan pelabuhan tertentu di Thailand dengan kadar ketepatan sekitar 95 peratus.
Anjing itu dilatih Fakulti Sains Veterinar Universiti Chulalongkorn.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/17/170312r59thh4vv9ht9v2h.jpg) Kredit foto: Fakulti Sains Veterinar Universiti Chulalongkorn.
Timbalan Dekan Fakulti Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Kaywalee Chatdarong di laman web Chula Journal berkata, fakulti itu memutuskan untuk melatih anjing penghidu Labrador kerana ia jinak dan memiliki deria bau yang baik.
Dr Kaywalee merangkap ketua projek berkata, deria bau anjing adalah 50 kali lebih baik berbanding manusia dan menerusi peluh manusia, haiwan itu dapat menghidu individu yang dijangkiti virus tetapi tidak bergejala.
"Apabila seekor anjing duduk, bermaksud individu itu tidak bergejala," katanya.
Anjing penghidu juga digunakan di Finland, Jerman, Perancis dan Australia.
Pada masa depan, Dr Kaywalee berharap dapat melatih anjing untuk mengesan pesakit yang menghidap penyakit seperti diabetes, kemurungan, malaria dan Alzheimer.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/17/170312oxfx5vnqzoo4ws4i.png) Gambar hiasan
Sementara itu, doktor haiwan yang pakar dalam penyakit berjangkit dan anggota pasukan penyelidikan fakulti Profesor Madya Dr Somporn Techa-ngarmsuwan berkata, proses ujian adalah selamat untuk anjing, orang awam dan pegawai terlibat.
Menurutnya, pasukan penyelidik menggunakan sampel peluh pesakit Covid-19 dan membiarkan anjing-anjing itu menghidunya dari jauh.
Projek itu, katanya, adalah kerjasama antara Fakulti Sains Veterinar, Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains universiti, dan dibiayai oleh Eksplorasi dan Pengeluaran Chevron Thailand.
Terkini, Thailand mencatatkan 27,402 kes baharu Covid-19 dan 88 kematian.
Sumber: Bernama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Moga anjing penghidu ni tak ada yang terjangkit pulak nantinya |
|
|
|
|
|
|
|
anjing2 itu bakal berevolusi
kata forumer
ittew
![](static/image/smiley/default/laught16.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu takut nak rentas negeri daerah Dan Negara kalau camni.
Kalau nk merentas gak kena buat Muka kesian depan anjing sambil cakap..."Please doggo, pleaseee, I love you doggo, pleaseee.." |
|
|
|
|
|
|
|
Bila labrador +ve, tak pasal2 ditamatkan riwayat. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kena bawak sabun tanah la kalau nak ke sana |
|
|
|
|
|
|
|
rajamoney: anjing2 itu bakal berevolusikata forumer ittew![](static/image/smiley/default/laught16.gif)
Jadi mutan la eh lepas ni {:run
|
|
|
|
|
|
|
| |
|