Seorang wanita mahu menyaman polis Houston selepas bayi lelakinya yang berusia setahun parah akibat terkena tembakan dilepaskan oleh anggota pasukan keselamatan itu.
Daisha Smalls, 19, berkata, serpihan peluru masih berada di dalam otak bayinya yang bernama Legend itu.
 Kredit foto: Click 2 Houston
"Anak saya tidak patut ditembak. Terutamanya, oleh polis," katanya.
Pada kejadian 3 Mac lalu, Smalls berada di dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak, manakala bayinya diletakkan di kerusi bayi di tempat duduk penumpang belakang kenderaan itu.
Seorang lelaki bersenjata yang diburu polis kemudiannya cuba memaksa wanita itu keluar dari kenderaannya.
Polis melepaskan tembakan menyebabkan suspek terbunuh dan mencederakan Legend.
 Kredit foto: NBC
"Mereka (polis) tahu wanita itu berada di dalam kereta itu," kata Ben Crump, peguam kepada Smalls.
"Tetapi mereka (polis) tetap melepaskan tembakan, walaupun tahu dia (wanita itu) berada di dalam kereta," katanya.
Akibat kejadian itu, sebahagian tengkorak bayi itu terpaksa dikeluarkan.
Sumber: Harian Metro |