CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6832|Reply: 7

Amboi, Nak Elak Hamil Guna Kaedah Pancut Luar, Ini Pro & Kontra Jika Cik Sua

[Copy link]
Post time 17-3-2021 10:20 AM | Show all posts |Read mode





Tidak semua pasangan suami isteri sudah bersedia untuk mengandung dan menimang cahaya mata, bukan?


Disebabkan itu, pelbagai kaedah kontraseptif akan digunakan seperti pengambilan pil perancang, penggunaan kondom dan teknik pancut luar.


Namun ada kajian yang kata bahawa teknik mengeluarkan air mani daripada zakar di luar faraj bukanlah berkesan seperti yang kita semua sangkakan.


Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!


Apa itu teknik pancut luar?


Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, marilah kita semua belajar mengenai definisi teknik ini terlebih dahulu.


Untuk pengetahuan anda, teknik pancut luar adalah satu kaedah yang memerlukan lelaki menarik zakar keluar daripada faraj sebelum ejakulasi, semasa melakukan hubungan seks.


Ini dilakukan demi memastikan air mani tidak terpancut di dalam faraj sekali gus mengurangkan kemungkinan sperma berenang masuk ke dalam ovari untuk proses persenyawaan.


Ia merupakan antara kaedah kontraseptif atau perancangan keluarga yang semula jadi tanpa memerlukan bantuan sebarang alat mahupun ubat.


Ya, ia mungkin kedengaran seperti mudah namun adalah sangat sukar untuk dilakukan jika kurang pengalaman.


Adakah teknik pancut luar berkesan?







Mungkin ramai yang melakukannya tanpa tahu sama ada ia benar-benar berkesan bukan? Kami ada jawapannya!


Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal Of The American Sexually Transmitted Association, sebenarnya teknik ini tidaklah berkesan seperti yang kita semua sangkakan.


Dikatakan terdapat kemungkinan kegagalan teknik ini membendung kehamilan luar jangkaan sebanyak 18.8%!


Dalam pada itu, kajian ini turut mendedahkan bahawa 27% wanita didapati telah hamil di luar jangkaan meskipun pasangan mereka melakukan teknik pancut luar.


Dapat disimpulkan di sini bahawa teknik ini bukanlah langsung tidak berkesan namun masih terdapat risiko di mana kehamilan luar jangkaan itu berlaku.


Persoalannya, mengapa?


Perkara yang mengurangkan keberkesanannya!


Seperti mana yang telah didedahkan oleh kajian tadi, teknik ini masih akan berkesan sekitar 70% dan 30% lagi di mana risiko kehamilan boleh berlaku.


Ia kerana teknik ini hanya akan berjaya sekiranya dilakukan dengan betul dan sebarang kesalahan yang dilakukan akan mengurangkan keberkesanannya.


Untuk pengetahuan anda, teknik ini mempunyai faktor risiko untuk gagal yang disebabkan oleh beberapa perkara:


Pasangan lelaki mempunyai kondisi ejakulasi pramatang
Pasangan lelaki terlambat menarik keluar zakar daripada faraj
Air mani terpancut pada vulva iaitu bahagian permukaan faraj
Terdapat lelehan lebihan air mani yang terkeluar daripada zakar semasa orgasma







Jadi, sila lebih berwaspada jika anda dan pasangan ingin cuba melakukannya okay?

Pro & kontra teknik pancut luar

Setiap perkara itu pasti ada pro dan kontra yang tersendiri dan ini termasuklah dengan teknik kontraseptif yang ramai percaya akan berkesan.


Pro
Teknik ini selamat kerana tidak mempunyai sebarang kesan sampingan
Teknik ini boleh dipercayai kerana tidak memerlukan sebarang penggunaan alat atau ubat
Teknik ini membenarkan hubungan seks berlaku dengan spontan serta tanpa persediaan yang rapi
Teknik ini boleh digunakan sebagai pilihan terakhir sekiranya sudah tiada lagi kaedah perancangan keluarga yang lain boleh dilakukan
Teknik ini tidak akan mendatangkan sebarang kos
Jika anda dan pasangan mempunyai pengalaman, kepercayaan dan boleh mengawal diri sendiri, teknik ini merupakan kaedah yang paling sesuai buat anda


Kontra
Teknik ini tidak sesuai untuk pasangan lelaki yang mempunyai kondisi ejakulasi pramatang
Teknik ini tidak sesuai digunakan oleh pasangan lelaki yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam melakukan hubungan seks
Teknik ini tidak sesuai digunakan oleh lelaki yang tidak memahami gerak balas seksual mereka
Teknik ini memerlukan pengalaman, kepercayaan serta kebolehan mengawal diri yang tinggi


Sila gunakan kaedah kontraseptif alternatif







Buat kalian yang baru sahaja berkahwin, teknik pancut luar ini mungkin bukan untuk anda dan pasangan kerana tahap keberkesanannya dalam mencegah wanita daripada mengandung adalah lebih rendah.


Sebaiknya, sila gunakan kaedah kontraseptif alternatif lain yang ternyata lebih berkesan seperti pengambilan pil perancang atau penggunaan kondom.


Selain itu, anda dan pasangan juga mungkin boleh cuba gunakan prosedur yang lebih berat seperti pemasangan IUD atau pembedahan vasektomi.


Untuk lebih informasi, sila berhubung dengan doktor ya?







Sumber : hellodoktor.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 10:30 AM | Show all posts
Pakai jer la condom. More safety
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 10:43 AM | Show all posts
tak best

dlm gak yg best

pecayolah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 10:54 AM | Show all posts
Plain-tif replied at 17-3-2021 10:30 AM
Pakai jer la condom. More safety


safety tapi tak sedap buat apa. tak raw

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 10:55 AM | Show all posts


memang la best tapi hari2 boh dalam pregnan la..

pancut dalam mulut pun ok kot

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana-mana lah. Yang penting happy {:run
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xnak wife aku mkn pil or tanam alat yg akan ada side effect kat dia.. kang berubah hormon la, kesian.. so far teknik ni berkesan je.. jarak 3 thn semua.. 2012 kawen, 2015 first anak, 2018 yg second dan 2021 InshaAllah yg third. Pastu nak tutup kilang, ni yg nak tanya doc o&g, apa kaedah yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.271587 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list