Baru-baru ini, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun menerima reaksi pelbagai daripada netizen termasuk rakan artis selepas memberikan komen di media sosial, dipercayai terhadap persembahan Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), Ahad lalu.
Kredit foto: IG Nabila/Hafiz
Sedar khilaf, Hafiz atau nama lengkapnya Mohammad Hafiz Hamidun memohon maaf.
Perkara itu dimuat naik Hafiz menerusi satu hantaran di akaun Instagram.
“Maaf kalau pandangan kita berbeza. Saya juga manusia biasa, ada kekurangan. Yang baik hanya dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan kita sendiri,” tulisnya.
Kredit foto: IG Hafiz
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati kepada penyanyi berusia 36 tahun itu sentiasa berwaspada dan berhati-hati untuk meluahkan pendapat di laman media sosial.
Sumber: Media Hiburan |