CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3294|Reply: 1

Lintah Laut Ini Memenggal Kepalanya Sendiri Dan Menumbuhkan Badan Baru, Mengerik

[Copy link]
Post time 16-3-2021 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Lintah Laut Ini Memenggal Kepalanya Sendiri Dan Menumbuhkan Badan Baru, Mengerikan

Tingkah laku luar biasa seekor haiwan memotong kepalanya sendiri kemudian menjana semula badan baru mungkin seperti cerita fiksyen sains terkini, tetapi kelakuan aneh untuk spesies lintah laut yang baru ditemui ini adalah kenyataan yang mengerikan.
Para saintis di Jepun telah menemui dua spesies lintah laut sacolossan yang dapat menumbuhkan kembali seluruh anggota badannya hanya dalam masa tiga minggu.


Sepasukan pakar yang memerhatikan secara kebetulan tingkah laku lintah ini terkejut dan pelik, tidak tahu bagaimana, atau mengapa haiwan itu melakukan tindakan ekstrem ini.
Kebiasaan sebilangan besar kes pertumbuhan semula anggota kebanyakan haiwan seperti cacing dan cicak sebagai contoh, mengganti bahagian badan yang rosak atau hilang dengan penggantian anggota yang sama berlaku apabila bahagian anggota seperti lengan, kaki atau ekor hilang disebabkan oleh pemangsa.

Namun bagi lintah laut ini yang tergolong dalam kumpulan sacoglossans, ia dapat melakukannya ke tahap luar biasa dengan menumbuhkan kembali tubuh yang sama sekali baru dari kepala mereka, yang sepertinya ia memisahkan badan asalnya dengan sengaja.


Kelakuan spesies lintah ini bertambah aneh, apabila kepala lintah yang telah bercerai dari badannya dapat bertahan secara mandiri selama berminggu-minggu.

Kemampuan luar biasanya yang lain ia juga mampu melakukan fotosintesis seperti tumbuhan yang mereka peroleh dari alga yang mereka makan.  Malah tubuh asal yang terpisah dari kepalanya juga dapat hidup selama berhari-hari atau bahkan berbulan-bulan tanpa kepala.

Teori utama mengapa lintah laut ini melakukan tindakan memutuskan badannya adalah untuk mengasingkan kepalanya daripada parasit dalaman yang telah menginfeksi badan lamanya. Tindakan ini mungkin juga merupakan cara untuk bertahan dari serangan parasit dalam badannya dengan mengorbankan tubuhnya.

Oleh itu, sebagai kepala yang berautotomi (proses pengudungan anggota organisma), memisahkan diri dari badannya yang berparasit adalah tindakan terbaik untuk menghindari parasit tersebut.



Walaubagaimanapun, sacoglossans mempunyai senjata rahsia. Lintah ini mampu kleptoplasti, atau berkeupayaan untuk mencuri kloroplas, iaitu bahagian sel tumbuhan yang membolehkan mengubah cahaya matahari menjadi tenaga melalui fotosintesis dari alga yang dimakan dan menggunakannya untuk tisu sendiri. Ini membolehkan lintah laut melakukan fotosintesis yang memberikannya tenaga cukup untuk memulakan proses pertumbuhan anggota badan baru.

[dailymail.co.uk/ livescience.com]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 04:29 PM | Show all posts
Info yang baharu tahu, terima kasih TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049902 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list