View: 5515|Reply: 57
|
[Tempatan]
Lelaki berang, pecahkan cermin kereta guna topi keledar. #24, Lelaki sakit ment
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 16-3-2021 03:51 AM
Lelaki berang, pecahkan cermin kereta guna topi keledar
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-guna-topi-keledar
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 8:14 AM
Essa Abu Yamin
[email protected]
TANGKAP layar daripada video insiden itu yang tular di media sosial
Muar: Polis menahan seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian pada 3.25 petang itu berpunca daripada perselisihan faham antara penunggang motosikal berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun.
"Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.
"Suspek juga memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Zaharudin, suspek yang ditahan pihak polis kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital.
"Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam video berdurasi selama satu minit 38 saat itu menunjukkan seorang lelaki berang dengan memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik seorang wanita di Pekan Parit Jawa , Muar.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ramai pemandu yg tak 'fit' untuk memandu di atas jalan raya yg dikurniakan lesen memandu. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan tak fit...tapi memamng mamat ni mental....sdng menerima rawatan kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana la mak bapak laki ni.. dh tau ada sakit knapa la biarlah berkeliaran bawak motor.. kan dah membahayakan org lain.. tk kira la siapa salah pon tapi dia dah tentu2 salah dgn mental tak stabil tp bwk motor {:stress |
|
|
|
|
|
|
|
Nnti klu x tular kes terus senyap...ada baiknya tular n ada buruknya tular
|
|
|
|
|
|
|
|
giliran melayu pulak claim sakit mental...dulu puak ummah leluhur suci murni abadi yg declare oku sakit mental bila langgar mati orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Habissss.....
ada lesen besorrr.....
mental.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah besor...mak bapak pun susah kontrol...nnt tahan kang mengamuk |
|
|
|
|
|
|
|
Claim sakit mental abih keta amoi tu ko kerjakan |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni dah kenapa pulak....haihhh |
|
|
|
|
|
|
|
user.name replied at 16-3-2021 10:44 AM
Mengigil betul minah tu.. Vid min 1.10 |
|
|
|
|
|
|
|
rayray28 replied at 16-3-2021 11:06 AM
mcm shah reza masa mude
jauh panggang dari api |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya la kalau Melayu.....
Hen cibai...bu keyi |
|
|
|
|
|
|
| |
|