CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10973|Reply: 116

[Tempatan] Penduduk Warga Myanmar Di Bukit Malut Tuntut Layanan Sama Rata

[Copy link]
Post time 15-3-2021 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Warga Myanmar Di Bukit Malut Tuntut Layanan Sama Rata



Penduduk warga Myanmar yang tinggal di Bukit Malut, Langkawi, Kedah menuntut agar mereka dilayan sama rata seperti rakyat Malaysia yang lain serta diberikan keistimewaan sama seperti rakyat tempatan.

Mereka memberi alasan bahawa keturunan asal mereka merupakan rakyat Kedah yang dikenali sebagai Melayu Islam Kedah (MIK) dan mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah membenarkan mereka tinggal di Bukit Malut sejak awal 80-an lagi.

Sejak daripada itu, dianggarkan, ada kira-kira 1,000 rumah dibina di kawasan Bukit Malut yang merangkumi hutan paya, pesisir laut dan lereng bukit dengan jumlah penduduk dikatakan sudah melebihi 10,000 orang ketika ini, berbanding hanya kira-kira 800 rumah beberapa tahun lalu.



Namun mereka kesal dengan sebahagian rakyat Malaysia yang seolah-olah menafikan hak dan kehadiran mereka, malah ada pula sebahagian daripada rakyat tempatan yang masih menganggap mereka ini adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).

Abdullah Mohd yang berusia 50 tahun, bekerja sebagai Imam Masjid Bukit Malut berkata bahawa kebanyakan warga Myanmar di Bukit Malut layak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia kerana telah mendapat status rakyat Malaysia dan memiliki kad pengenalan.

Tambah Abdullah lagi, penduduk warga Myanmar yang menetap di Bukit Malut juga layak mendapat keistimewaan sama seperti rakyat tempatan dengan alasan bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Dia merasakan adalah tidak adil jika penduduk Bukit Malut dinafikan hak mereka oleh kerajaan Malaysia walaupun mereka telah lama mendapat kerakyatan, “kami pun rakyat Malaysia dan perlu mendapatkan kemudahan sama seperti masyarakat lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Manakala Jamaluddin, berusia 57 tahun pula berharap agar kerajaan Malaysia membela nasib mereka selaku sebahagian daripada rakyat Malaysia. Beliau juga menuntut agar disediakan satu kawasan penempatan baharu yang lebih selesa.



Ini bagi membuka peluang kepada generasi baharu keluarga di Bukit Malut untuk berkembang masa depan mereka kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga warga Myanmar yang diberikan kerakyatan mendapat pekerjaan di agensi kerajaan dan mendapat tempat di pusat pengajian tinggi, kata Yaakub.

Untuk rekod, Pada Jun tahun 2019, Berita Harian pernah mendedahkan bahawa Bukit Malut sudah dianggap sebagai kawasan paling hitam di Langkawi berikutan berlaku banyak kegiatan jenayah, termasuk penyeludupan berikutan kehadiran warga asing tidak terkawal.

Penempatan haram Bukit Malut juga membesar dengan lebih banyak rumah dibina dan tapak baharu diteroka tanpa kebenaran pihak berkuasa. Penempatan mereka dikatakan bermula di kawasan rizab hutan paya bakau, tetapi kini sudah merangkumi kawasan lereng bukit sehingga menghampiri jalan utama.

Malaysia bakal hantar pulang 1,200 tahanan Myanmar kepada tentera laut.

SUMBERUTUSAN MALAYSIABERITA HARIAN

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2021 11:15 PM | Show all posts
haram jadah la dorang ni....smua
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata tun m?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi mati la hampa, anak kesayangan atuk fosil ni.... Memang kwasan hitam pun, buat salah repot polis, bukan lekat kes.. Melainkan tibai ja sampai lembik... Polis pun dah lali dengan puak2 ni. Dengar citer umah prima kat air hangat tu pun depa pulun mintak,
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu Kedah mmg ada ya kat Myammar.. Tapi depa tu ckp loghat kedah dan regim tentera Myanmar tak pernah ganggu Melayu kedah kat sana..

Haramjadah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:31 PM | Show all posts
Abdullah Mohd yang berusia 50 tahun, bekerja sebagai Imam Masjid Bukit Malut berkata bahawa kebanyakan warga Myanmar di Bukit Malut layak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia kerana telah mendapat status rakyat Malaysia dan memiliki kad pengenalan.

Pocit ni betui.

Dah nama rakyat Malaysia siap ada IC lagi mai KL takdak beza org mai Kedah blend teruih. Jangan lupa claim bumiputera juga, macam2 boleh dapat.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2021 11:40 PM | Show all posts
api air boleh masuk kt kwsn haram ni..
bkn senang nk buat, melainkn ada unsur rasuah..

cube ko mohon psg karen kt tepi longkang tanah JPS, mmg tkleh, tapi ada kedai yg bole dpt psl hulur bwh meja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2021 12:17 AM | Show all posts
BOM KAN AJA la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bayor la cukai....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 12:35 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-3-2021 08:36 AM



Perangai tak jauh beza dengan rohingya lah dah berpuluh tahun duduk malaysia tetapi kehidupan masih lagi di mengharapkan rumah percuma.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
waah dh plan nk mtk keje gomen dh tu. byk cekadak. siape la baik sgt bg IC kt puak ni. tanak balik Myanmar ke pi lawan tentera sane?

TNB tak claim pulak total kerugian kt penempatan haram ni. mcmne bole ade elektrik dgn air tu semue.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku ingat kesiannlaaaa depa ni, skali dh brapa kali tgk perangai bila mai tempat kita, tgk anak dara mcm nk telan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 01:31 AM | Show all posts
deorang ni melayu yang berhijrah ke myanmar sebelum jepun... so basically memang warga tempatan kedah... cumanya bagi tanah je iols sokong sebab tanah kerajaan tak perlu keluarkan duit atau apa2 pun... tanah tu pun bukan milik kerajaan pun kalau takde kerajaan... tapi rumah ke apa semua tu tak mampu dik... tu semua duit kami dan duit cukai kami bayar... ramai lagi orang tempatan yang takde rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi je lah. Kan umah Muslim tu, pandai.berbahasa mulayu. Lengkap syarat jadi vumiputra macam mamak asal.Tamil.nadu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 16-3-2021 01:08 AM
waah dh plan nk mtk keje gomen dh tu. byk cekadak. siape la baik sgt bg IC kt puak ni. tanak balik M ...

Dah terang lg bersuluh uolss...atok kita la...this penempatan exactly mcm kt sabah...tp kt sabah ni merata kawasan daerah ceruk semua ada...projek ic berpuluh tahun lalu...ramai keturunan pendatang sini ada ic,siap anak2 dpt masuk keja gov lg...half lg,x reti ckp malay,tp ada ic...uolsss rasa????
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 02:32 AM | Show all posts
untuk semua yang konfius warga myanmar di maksudkan tu rohingya ke melayu...
deorang ni macam pakcik makcik dekat bawah ni... melayu yang berhijrah ke myanmar...
bukan orang rohingya kulit gelap chittagong tu yer...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 02:37 AM | Show all posts
sarah82 replied at 15-3-2021 11:29 PM
Melayu Kedah mmg ada ya kat Myammar.. Tapi depa tu ckp loghat kedah dan regim tentera Myanmar tak pe ...

tu la.. walaupun masjid kena buat senyap2 katanya tapi tentera myanmar tak kosser nak pergi hujung2 myanmar tu nak kacau penempatan melayu situ...

kes tentera myanmar bunuh orang rohingya dulu pun.... bukan sebab isu agama pun...
tentera myanmar tu sami buddha pun di tembaknya sebelum ni....
rohingya tu dekat sini pun kita tau2 ler perangai macam mana nak2 haritu deorang pergi serang balai polis kat myanmar...

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 16-3-2021 02:37 AM
tu la.. walaupun masjid kena buat senyap2 katanya tapi tentera myanmar tak kosser nak pergi hujung ...

Yap.. Nampak sangat penipu rohingya haramjadah ni.. Perangai sama spesis dgn sepupu sepapat depa leluhur benua kecik.. Claim sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh menumpang nk byk bunyik pulak{:dot
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-3-2021 11:29 PM
Melayu Kedah mmg ada ya kat Myammar.. Tapi depa tu ckp loghat kedah dan regim tentera Myanmar tak pe ...

sebab org melayu jenis berbudi bahasa & sopan. kalau betul myanmar anti islam kenapa dia balun rohingya saja tapi x kacau melayu sana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.693067 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list