View: 2109|Reply: 11
|
Gali Kubur Lepas Mimpi Jumpa Arwah Nak 'Pindah'
[Copy link]
|
|
Ahli keluarga yang menggali kubur dan memindahkan jenazah pesakit Covid-19 di tanah perkuburan dI Bandar Parepare di Sulawesi hingga tular di laman sosial mengaku bermimpi dan bertemu mangsa agar kuburnya dipindahkan.
Menerusi laporan Tribunnews, Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sulawesi Selatan, Kombes Pol E Zulpan, menegaskan seramai enam individu berjaya ditahan gara-gara memindahkan jenazah ahli keluarganya dari tanah perkuburan terbabit.
Kredit foto: TribunNews
"Salah seorang daripada suspek mengaku bermimpi mangsa dan dikatakan mangsa menyuruh mereka pindahkan kuburnya ke lokasi lain.
"Akibat dibebani amanah, mereka telah menggali kubur menggunakan cangkul dan memindahkan mayat itu pada Jumaat lalu," katanya.
Insiden mengejutkan ini disedari oleh penduduk yang melihat sebuah kubur berlubang tanpa mayat.
Sebelum ini, seramai enam mayat korban Covid-19 yang dikebumikan di tanah perkuburan Lemoe Village, Parepare turut hilang.
Di lokasi tersebut, terdapat beberapa kubur digali kemudian keranda ditinggalkan begitu sahaja.
Pihak polis terus melakukan siasatan lebih terperinci terhadap kes terbabit kerana ia semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Tindakan tegas juga akan diambil sekiranya insiden berkenaan berulang kembali.
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa diikutkan mimpi..
covid ada tak caya, mimpi percaya pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dari negara leluhur |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Bugis memang camni....orang dah mati diorg tetap tunai Amanah.
Zaman sekarang susah nak jumpa Melayu macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ada 1 kisah dlm kitab ulama terdahulu, kes hampir sama
orgtua dtg dlm mimpi anak mohon supaya ditukar
kerana kubur sebelah mangsa itu asek tersiksa oleh hentaman rantai malaikat
sedangkan arwah itu kubur org soleh, maka kerana tidak mahu ganguan
arwah dtg pd anak mohon dipindah
dan sememangnya benar, kerana org yg meningal dpt izin dr Allah ziarah anak yg paling kuat hubungan tika didunia...bole dikata anak yg soleh
tidak semua anak dpt bermimpi orgtuanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Korang cari lah kat kampung2 Melayu...mana ada ahli keluarga yang sepakat apatahlagi benda tu dtg dari mimpi...mahu bertelagah berpanjangan gaduh.
Even wasiat si mati masa hidup pun Melayu berani langgar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Uiiii!!! Bingainya diorang ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita dari seberang ke..no wonder la.pekat sangat dorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
rantaikendoq replied at 16-3-2021 03:03 PM
ada 1 kisah dlm kitab ulama terdahulu, kes hampir sama
orgtua dtg dlm mimpi anak mohon supaya dituk ...
Sy ada beberapa kali bermimpi arwah mentua lelaki dan perempuan. Dan sy juga pernah bermimpi pada mendiang bapa sy..barangkali tak semua mimpi itu benar. Mungkin jg mainan tidur |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rantaikendoq at 19-3-2021 03:15 PM
kena tgk pada suasana dan hal keadaan
dlm kitab sufi - hal adalah 1 suasana keadaan yg bertepatan pada waktu mimpi itu sendiri
bermula dari cara seseorg itu tidur
adakah tidurnya selepas solat, adakah tidurnya dlm keadaan berwuduk
adakah tidurnya dlm keadaan zikir selawat
tu semua dimabil kira sbg markah utk diambil berat mimpi sbg petunjuk yg suci bersih
tanpa wuduk solat pon tetap sbg petanda dr Allah, sekiranya Allah berkehendak
TGK pula pd amalan arwah sewaktu hidopnya
seandainya arwah dikala hidop adalah seorg yg rajib beribadah beramal soleh
rajin berpuasa sunat ibadah malam, baca quran ajar quran....selawat zikir
semua tu adalah ciri2 org beriman yg bertaqwa dan beramal soleh...
insyallah...ada lagi beberapa kriteria lain
tapi bantuan Allah ni mmg diluar lojik akal...
kerana Allah maha berkuasa, dia tak perlukan lojik akal manusia
Dia maha mencipta segala sesuatu
Dia mencipta makhluk baik manusia jin dan lain lain
tanpa perlu izin sesiapa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Indonesia dan peliknya, merepeknya mmg tidak boleh dipisahkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|