View: 2327|Reply: 6
|
Berusia 118 Tahun, Wanita Tertua Dunia Jadi Pembawa Obor Olimpik Jepun
[Copy link]
|
|
Berusia 118 Tahun, Wanita Tertua Dunia Jadi Pembawa Obor Olimpik Jepun
Seorang wanita paling tua di dunia berusia 118 tahun telah dipilih untuk membawa obor Sukan Olimpik pada Julai ini di Jepun.
Memetik temubual bersama CNN, wanita bernama Kane Tanaka itu akan ditolak oleh keluarganya dengan kerusi roda sejauh 100 meter ketika majlis tersebut berlangsung.
Tanaka dilahirkan pada tahun 1903 iaitu tahun yang sama pengasas kapal terbang pertama di dunia, Orville dan Wilbur Wright mencipta sejarah dunia.
Warga emas itu memiliki seramai empat orang anak, lima cucu dan lapan cicit hasil perkahwinan dengan pemilik kedai beras semasa umurnya 19 tahun.
Bukan itu sahaja, lebih menakjubkan apabila Tanaka pernah melalui dua zaman perang dunia serta menjadi saksi kepada serangan virus selesema Sepanyol pada tahun 1918.
Tanaka juga pernah dua kali diserang kanser dan melalui dua pandemik yang melanda dunia suatu ketika dahulu.
“Biarpun sudah berusia 118 tahun, nenek masih boleh mengamalkan gaya hidup aktif. Kami mahu orang lain melihat nenek dan mendapat inspirasi bahawa umur bukan penghalang untuk melakukan apa sahaja,” kata cucunya, Eiji Tanaka, 60.
Semasa Olimpik kali terakhir diadakan di Tokyo pada 1964, waktu itu Tanaka berusia 61 tahun. Kini, dia tinggal di rumah penjagaan orang tua dan sering bangun pada pukul 6 pagi.
Keluarga Tanaka yang tidak dapat melawatnya selama 18 bulan semasa pandemik Covid-19 berkata, perasaan ingin tahu yang tinggi dan melakukan matematik adalah rahsia membuatkan mindanya menjadi tajam serta kekal sihat.
“Nenek memang sangat suka dengan perayaan,” ujar cucunya lagi.
Bagaimanapun, dia turut menegaskan penyertaan neneknya pada bulan Julai nanti bergantung pada tahap kesihatannya dan cuaca hari tersebut.
Sumber: CNN (Blake Essig, Junko Ogura & Emiko Jozuka)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Moga dia diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk melaksanakan misi itu |
|
|
|
|
|
|
|
Wow 2x kena kanser survived |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tercapai impian nenek. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tercapai impian nenek. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga nenek kuat dan dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|