CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12592|Reply: 86

Lamar Naik Helikopter- Isa Khan Dah Kahwin, Miller Khan Pun Dah Bertunang

[Copy link]
Post time 13-3-2021 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia, Miller Khan, 33, selamat bertunang dengan pereka fesyen, Farina Rebecca, 30, di Jakarta, semalam.


Majlis pertunangan itu berlangsung sehari sebelum adiknya, Isa Khan, mendirikan rumah tangga dengan Risteena Munim.


Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan memilih untuk mengabadikan kenangan terindah itu dengan membawa wanita pilihannya itu menaiki helikopter pada ketinggian kira-kira 300 meter atau 1,000 kaki dari aras laut.




Foto: IG




Majlis pertunangan dihadiri keluarga dan teman rapat di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.


Miller berkata, dia memilih tarikh hampir sama dengan adiknya bagi memudahkan dia mengingati hari bahagia mereka.


"Mudah buat saya mengingati tarikh pertunangan ini dengan hari bahagia Isa.


"Saya bersyukur segala-galanya dipermudahkan untuk saya dan dia. Kalau tiada aral melintang, Insya Allah saya akan melangsungkan perkahwinan tahun ini," katanya.




  



Menurut Miller, antara sebab utama dia tertarik dengan tunangnya itu kerana pandai berdikari.


"Farina tulus dan cantik seadanya. Dia juga pandai mengambil hati saya. Paling utama dia menyayangi saya," katanya.


  



  



Ditanya mengenai perkahwinan Isa dengan pelakon Risteena, Miller mendoakan kebahagiaan mereka meski tidak dapat berjumpa.


"Saya harap Isa dapat menjadi imam terbaik untuk isterinya. Risteena juga kena tolong saya jaga Isa dengan baik," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Miller ni ke yang ada kes pukul bini dulu?
Btw isa duduk sini kerana kerja ke
Isa sebenarnya orh hendon ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 09:43 AM | Show all posts
Sian kan orang yang berusaha menentang covid,
yang bekerja keras untuk jaga yang sakit, yang test PCR everyday.
Bile tgk so called retis2 ni sentiasa je ade yang taja,
rase sgt x adil lak dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 09:44 AM | Show all posts
moga cepat2 la kahwin kekdanya... woii cepat sikit ambil gambar dan cium2 atas rooftop tu... ko tak nampak ke pilot tu tengah tunggu je nak take off? ko ingat ko order grab?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
rasa dah boleh kot keluarkan anak khan ni dalam list pelakon malaysia..lahir je pun kat sini..dorang bangga ke mengaku orang malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
anyway khan clan ni mmg keturunan orka ke.. mewah jugak tgk lifestyle.. tapi yg kakak deols sabrina ali tu low profile jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat promo tudung TrueLove hajjah bungkus.... hahaha. Beria2 hajjah bungkus gesel2 renung tenung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih. Tarikh tunang pun nak ingat. Koserr.
Tarikh nikah xpe la jugak.
Banyak lagi benda nak kena ingat. Tiber Ganja bitter

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kn puak2 Yusuf selam
Adik beradik Sabrina Ali pelokon tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa dorang ni gigih iols klik ig tgk ada gambar throwback masa dia sekolah
La sekali sekolah kat kajang, sekolah kebangsaan plak tu org malaysia rupanya tapi badan penuh tatoo bagai pulok.


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi: Sapa dorang ni gigih iols klik ig tgk ada gambar throwback masa dia sekolahLa sekali sekolah kat kajang, sekolah kebangsaan plak tu org malaysia rupan ...

Tp ensem banget orangnya yach
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 13-3-2021 09:37 AM
Miller ni ke yang ada kes pukul bini dulu?
Btw isa duduk sini kerana kerja ke
Isa sebenarnya orh  ...

org malaysia je sis... yg miller ni je migrate kat indon sana acah2 laku kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
one_aiman replied at 13-3-2021 09:46 AM
rasa dah boleh kot keluarkan anak khan ni dalam list pelakon malaysia..lahir je pun kat sini..dorang ...

Masih mengaku orang malaysia sebab malaysia ni level dia persis orang singapore bagi orang indonesia. Kalau kita dengar orang tu dari singapore mesti kita ingat banyak duit. Koh koh koh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:08 AM | Show all posts
Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan memilih untuk mengabadikan kenangan terindah itu dengan membawa wanita pilihannya itu menaiki helikopter pada ketinggian kira-kira 300 meter atau 1,000 kaki dari aras laut.

Suhaimi jadi miller..kelass ko dekkkk..kenapa bukan sohai??
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa pulak nak tunang dekat2 dgn adik kawin sbb alasan senang nak ingat tarikh? Dia expect adik dia tolong ingatkan ke setiap tahun, ingat la sendiri tarikh sendiri, adoii
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kena ingat ke tarikh tunang
Aku yg pompuan ni pun xigt tarikh pertunangan sdr
Tarikh nikah lg penting kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 12:20 PM | Show all posts
damsel_fiji replied at 13-3-2021 11:08 AM
Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan memilih untuk mengabadikan kenangan terind ...

memati meols ingat nama miller tu nama betol.. kekdahnyer diurbanisasikan juger..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:26 PM | Show all posts
Suchi replied at 13-3-2021 10:39 AM
Sapa dorang ni gigih iols klik ig tgk ada gambar throwback masa dia sekolah
La sekali sekolah kat k ...

sekolah mana tu kaka? kosserr la iolss nak belek ig/fb dia

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 13-3-2021 09:53 AM
Teringat promo tudung TrueLove hajjah bungkus.... hahaha. Beria2 hajjah bungkus gesel2 renung tenung ...

Adehh ko sebut plak hajah bungkus terus aku teringat skang bulan march..wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg berlakon sorang lg tu sapa..yg pelat pelat sikit bila cakap...drama nota utk cempaka...helok keturunan khan ni..kerlasss comolot dikala kobid mengganas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.575536 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list