View: 2053|Reply: 9
|
Azmi Saat Sering Bergerak Solo, Akui Pernah Selisih Faham Dengan Caliph Buskers
[Copy link]
|
|
Sering muncul secara solo di mana-mana persembahan sejak kebelakangan ini, vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui perkara itu pernah menjadi pertikaian dalam kalangan ahli kumpulan mereka sejak beberapa tahun lalu.
Namun, hal itu tidak berlarutan selepas masing-masing melihat komitmen tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan Azmi terhadap kelangsungan band mereka.
Foto: IG
"Sebenarnya sejak 2018 lagi, saya ada masuk satu program hiburan secara solo dan daripada situ timbul perselisihan faham di antara kami.
"Mereka risau kalau-kalau saya akan bawa diri secara solo namun saya dah buktikan pada mereka yang kami masih lagi bersama sehingga kini dan dapat berikan 100 peratus komitmen bila bersama dengan Caliph Buskers.
"Walaupun saya sering diberikan tawaran kerja secara berseorangan, namun saya tak pernah lupakan kawan-kawan dalam Caliph Buskers... kalau ada rezeki lebih, memang saya selalu belanja mereka makan," katanya kepada mStar.
Azmi ditemui pada majlis ramah mesra bersama artis naungan Universal Music Malaysia yang berlangsung di Bsync Studio, Kuala Lumpur pada Rabu.
Selain Azmi, Caliph Buskers turut dianggotai oleh Zaki selaku pemain bass, Fendy (pemain dram), Nirwan (pemain gitar) dan Nadira (shaker).
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Azmi tampil dengan single Tulus yang merupakan lagu ciptaan pertamanya yang ditulis pada tahun 2008.
Menampilkan melodi dan lirik mengenai kisah perasaan terhadap orang dicintai, Tulus begitu istimewa buat Azmi kerana dia mendedikasikan lagu tersebut kepada isteri tercinta yang sentiasa bersamanya dalam keadaan susah dan senang.
"ada awal perkahwinan iaitu dalam tempoh dua ke tiga tahun pertama, isteri banyak bantu. Apatah lagi dia adalah penjawat awam dan mempunyai gaji tetap.
"Sebab itu saya sangat menghargai pengorbanan yang telah dilakukannya dan memang saya buat lagu Tulus ini khas buat isteri tersayang," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yes!! Teruskan bersama. Duo depan Globe Silk Store yang cacat penglihatan setia berdua selepas berpuluh tahun bersama |
|
|
|
|
|
|
|
aku sedih tengok muzik vid hanya mimpi caliph buskers ni.impian dorang nk tengok muka mak ayah, anak...
btw lagu tu sedap sgt.suara azmi pun sedap.tp mcm tk glamer sgt. pelik la radio kt malaysia ni.balik2 lagu ciao yg ntah hapa2 |
|
|
|
|
|
|
|
azmi ni suara sedap.. personaliti dia pun disenangi.. dia kelakar org nya... hopefully caliph busker dimurahkan rezeki.. |
|
|
|
|
|
|
|
suara azmi sedap..moga caliph buskers terus maju
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sekarang aku akan tengok balik video first kemunculan caliph buskers nyanyi romancinta dekat AJL. Setiap kali repeat setiap kali tu la goosebumb ....mantap btul suara azmi masa tu.. ikhlas sangat lontarannya...Allah maha adil.. dia bagi kurabg kat satu, tapi dia bagi lebih kat lain.. ... .. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengah nengok azmi kat astro niha.. sporting je dia klu kena bahan pun |
|
|
|
|
|
|
|
Edry kru yg nmpk bakat dia kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 13-3-2021 01:02 AM
Rilek ja meka continue busking kat jalan TAR (zaman pre Covid) walau dah femes selalu masuk TV. Akak suka. 2x terserempak dengan deols masa layan busking di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|