View: 1556|Reply: 4
|
Bekas Pesakit Covid-19 Hilang Kerja Sebab Majikan Tak Berilmu, Orang Sekeliling
[Copy link]
|
|
Jika ditelusuri di media sosial, pelbagai kisah yang dikongsi oleh bekas pesakit Covid-19 mengenai pengalaman mereka.
Bukan sahaja menempuh 'azab' ketika menerima rawatan, namun apa yang lebih perit, segelintir daripada golongan ini terpaksa berdepan pula dengan stigma negatif masyarakat selepas pulih daripada virus maut itu.
Ada yang dipulaukan jiran tetangga dan rakan sekerja, namun ada juga yang lebih malang sehingga kehilangan kerja, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor ini.
Menerusi coretan di Facebook, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi kisah pesakitnya yang mengadu kehilangan kerja gara-gara dijangkiti Covid-19.
Dr Kamarul, Kredit foto: mstar Online
"Dia dijangkiti oleh ahli keluarga, jadi telah dikuarantin dan dirawat di hospital selama dua minggu.
"Setelah disahkan sihat dan dibenarkan pulang, dia pun nak kembali bekerja, tapi bila sampai ke tempat kerja, dia diberitahu untuk buat swab Covid-19 semula. Kalau positif lagi, tak boleh kerja. Ini masalah!" tulis Dr Kamarul Ariffin.
Jelas doktor ini, sebenarnya individu yang pernah dijangkiti Covid-19 berkemungkinan besar akan menunjukkan keputusan positif sekiranya dia melakukan ujian calitan sekali lagi.
Gambar Hiasan, via mstar
"Seorang individu yang telah pulih dari jangkitan Covid-19, masih boleh beri keputusan swab positif untuk beberapa minggu.
"Malah, CDC (pusat kawalan penyakit berjangkit) kata, kalau keputusan dah disahkan positif, tak usah buat saringan dalam masa 90 hari. Ini kerana dalam tempoh itu, kemungkinan keputusan akan masih positif.
"Namun kita kena faham bahawa, walaupun keputusan itu akan positif, tak bermakna individu tu masih akan menjangkiti orang lain. Covid-19 ni berjangkit pada tempoh 14 hari yang awal tu sahaja," terang Dr Kamarul Ariffin.
Disebabkan situasi sukar yang ditempuhi itu, cerita doktor ini, pesakitnya kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana majikannya tetap bertegas mahu dia mengulangi ujian saringan bagi virus tersebut.
Kredit foto: Gambar Hiasan, via mstar
"Selain itu, pesakit saya ni juga ada mengadu dia sering dielak dan dijauhi oleh beberapa kenalan dan ahli keluarga yang tahu dia pernah dijangkiti Covid-19. Katanya, rasa seperti dipulaukan.
"Ya, jangkitan Covid-19 ni amat merisaukan. Tak ada orang yang mahu dijangkiti. Namun, janganlah sampai kita meletakkan stigma pada bekas pesakit Covid-19. Itu dah kira penindasan.
"Covid-19 ni bukan penyakit yang sekali dapat, sampai mati akan ada pada tubuh, dan menjangkiti orang lain. Kalau seseorang dah pulih dari jangkitannya, maka dia tak menyebarkan jangkitan lagi.
"Oleh itu, kita kena lengkapkan diri dengan ilmu dan informasi yang betul tentang penyakit ni. Elakkan bersangka-sangka, memandai-mandai atau buat andaian sendiri. Jika ada kekeliruan atau kesangsian, rujuklah pada yang ahli," katanya lagi. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tu pun ada bangsat bodo antivax kat YouTube gesa kkm publish detail pasai pesakit covid sbb depa percaya statistic figure yg dipersembahkan hari2 tu semuanya tipu. Bodoh tak dak sempadan punya.. bila ditegur, kita pula dikatakan bodoh mengikut dajjei..
Memang dajjei puak ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Org ni bermcm ragam. Yg takut covid sampai tak keluar langsung pun ada. Yg ada asthma tu sampai pg keje balik keje je pun ada tp pahamla high risk katanya. Akak kat opis ni pun ada nons yg sibukla ckp takut dgn melayu ramai ada xovid, dia tak tau agaknya kalau dia pg obersea mat saleh pak hitam ludah dia pasal spesis pioneer covid.
Selagi org tak paham MO virus ni selagi tu la mcm2 cerita. Sama la mcm HIV tu bala gay katanya padahal yg straight, yg lahir2 dah ada HIV tu merata2. Zaman2 twitter ni bila baca kat twitter geiboy tak paham kenapa dia kena HIV padahal menonggeng ke sana kemari tak bersarung rasa nak menangis pun ada.
Kalau anti vax tu mmg tak boleh nak tolong dah, lantakkan je. Ada je lagi virus berbagai2 jenis
tunggu masa nak meletup selagii ada makhluk kat dunia ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia jadi mangsa keadaan. Ramai yang jadi macam tu sebab tak tahu dengan jelas mengenai perkara tu dan lebih percayakan gossip atau apa yang tular dimedia social. Nak cari info sendiri pun malas akhirnya muncullah stigma macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ms ada org tu confirm positif covid 19, i cakap dalam hati biar dia mati sekali.. jahat eh..
Skrg dah sihat semakin menyampah pulak tengok dia.. jahat lagi sekali.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|