CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 988|Reply: 0

Sanggup Kerja 'Part Time' Sebab Nak Jumpa Bapa

[Copy link]
Post time 10-3-2021 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Demi berada dekat dengan bapanya, seorang wanita di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) sanggup bekerja sambilan di sebuah pusat jagaan warga emas, pada sebelah malam dan hujung minggu.


Portal ABC News melaporkan, Lisa Racine mempunyai pekerjaan tetap di sebuah syarikat percetakan.








Namun, dia mengambil keputusan bekerja sambilan sebagai pembantu pemakanan di pusat jagaan Good Samaritan Society Stillwater, Minnesota kerana berdepan kesukaran bertemu bapanya yang juga seorang penghuni di situ.


"Kesempatan untuk melawat agak terbatas. Saya benar-benar kecewa kerana tidak dapat melihat ayah dan adik-beradik lain turut berasakan hal yang sama sehingga saya mengambil keputusan memohon pekerjaan di situ," katanya.


Lisa mengakui seronok kerana dapat bersama penghuni di pusat jagaan berkenaan.


"Mereka semuanya dalam keadaan baik, tetapi tidak dapat menerima kehadiran pelawat buat masa ini, jadi saya menjadi tetamu mereka," katanya.


Harold yang bekerja di industri percetakan sebelum bersara adalah bapa kepada lapan anak dan mempunyai 16 cucu dan 12 cicit.


Isterinya, Patricia Racine, meninggal dunia pada 2012 dan setahun lalu, Harold dimasukkan ke pusat jagaan itu untuk menerima rawatan dan sokongan tambahan.


Sementara itu, Penyelia Good Samaritan, Rene Racine berkata, tugas Lisa adalah menyiapkan hidangan pencuci mulut, mengatur meja dan menyediakan makanan kepada penghuni.


Selepas tamat waktu kerja, Lisa akan meluangkan masa berbual dengan bapanya dan membuat panggilan video dengan ahli keluarga lain.


"Sangat menyenangkan melihat mereka bersama," katanya.


Harold yang sebelum ini dijangkiti Covid-19, sudah pulih daripada virus itu dan sudah menerima suntikan vaksin bersama anaknya, Lisa.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.039140 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list