CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2372|Reply: 11

[Tempatan] Syed Saddiq sambung belajar ke Singapura, derma gaji sebulan

[Copy link]
Post time 8-3-2021 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Syed Saddiq sambung belajar ke S'pura, derma gaji sebulan

https://www.malaysiakini.com/new ... ontent=my-most_read

Diterbitkan 8 Mar 2021, 12:31 pm



Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan melanjutkan pengajian di Universiti Nasional Singapura dalam Dasar Awam Sekolah Lee Kuan Yew selama sebulan.

Syed Saddiq berkata dia berhasrat memberikan gajinya sepanjang tempoh itu bagi membantu kakitangan yang bekerja di kawasan parlimen berkenaan.

"Saya tidak pergi ke sana untuk bercuti tapi untuk belajar. Saya berharap kajian saya dalam bidang dasar awam dapat menjadikan saya seorang ahli parlimen dan pembuat dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia.

“Sejak darurat, pasukan saya di Muar berjaya membantu 765 keluarga mendapatkan komputer riba dan tablet, 5,500 keluarga telah menerima bantuan bank makanan, dan 150 pelajar menerima bantuan Dermasiswa Harapan Muar, katanya dalam catatan di Facebook.



Sehubungan dengan itu Syed Saddiq berkata dia akan menyalurkan gajinya sebagai ahli parlimen bagi bulan Mac kepada pasukannya di Muar.

Bekas menteri belia dan sukan itu menambah dia tidak layak menyimpan gaji tersebut ketika melanjutkan pengajian.

"Sewaktu saya di Singapura, usaha ini akan diteruskan oleh pasukan saya di Muar," katanya.

Syed Saddiq memulakan kursus eksekutif dalam dasar awam pada September tahun lalu, namun dikehendaki hadir ke kelas secara fizikal  sepanjang bulan ini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok diq, sian pulak nnti kena jetlag sebab johor ke singapore kan jauh.....

Nnti transit kat DUBAI jgn turun kapal terbang pulak, nnti kan acik pramugari x perasan kau gi jenjalan beli kacang kat airport tu.... pastu kena tinggal pilot

Nak gi tandas nnti bgithu je pilot jgn malu pulak, nnti dia berhenti lah dekat bangladesh, pastu jgn lupa bawa duit 20 sen nk masuk tndas tu

Pastu kang, rajin2 lah belajar budaya singapore, nnti kang culture shock pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 04:43 PM | Show all posts
sebelum masuk politik tak pernah tengok dia bercakap tapi sekadar assumed la dia bagus konon debater gitu gini kan. lepas tengok dia jadi menteri buat interview, press conference semua..hmm tahap ni je rupanya. PPM debaters tu jauh lagi hebat. but almaklumlah, most of them tak belajar la kat local unis or tak kuasa nak join debating kat top unis kan belajar pun dah susah mana nak enjoy lagi. so dapat la belen2 gini menang best debater asia
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 05:14 PM | Show all posts
cybermacai2 pencinta ss terus la mengharapkn borang spa update status utk dpt keje gomen

prffffffffffffffffght
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 07:00 PM | Show all posts
Moga yg baik baik sahaja utk ss
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah.. Dia pulangkan gaji bln mac.. Apalah Sgt nk dibanding kan dgn pendapatan dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2021 08:24 PM | Show all posts
menteri abahcow pergi cuti-cuti new zealand  makan gaji buta tak nak derma kat org segamat ke gaji 2 bulan tu..?


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 09:46 PM | Show all posts
dermalah berapa banyak pun tiada kesan  pun ia mcm curah air kat sungai je.
simpan duit tu- utk hari tua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita sedih la konon Nye....

Meols Tak berkenan dgn ex UMNO mana2
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya di msia je menteri makan rasuah xde bt keje dan xde education boleh jadi menteri.. Kat luar negara semua letak jawatan.. Belum convicted pon dh resign.. Msia? Tunggu kucing btanduk pon belum tentu sedar diri..

Kesian betul jadi rakyat msia.. Menteri sendiri selfish semuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 01:54 PM | Show all posts
teruskan YB
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tersindirlah pakcik2 politikus yang dapt gaji buta tapi gentel bijik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.054369 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list