View: 2198|Reply: 7
|
Rezeki Zara Zya Mencurah-Curah Dalam Lakonan Dan Bisnes
[Copy link]
|
|
Rezeki tidak pernah tersalah alamat. Pelakon, Zara Zya yang kini sudah lebih setengah tahun tampil bertudung sentiasa bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah berkurangan walaupun penampilannya kini berbeza.
Menurut pelakon serba boleh ini, rezekinya juga semakin bertambah walaupun berdepan pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perjalanan itu.
Foto: IG
"Alhamdulillah, karier lakonan saya masih berjalan seperti biasa. Apa yang menarik, rezeki saya semakin bertambah," katanya.
Seperti yang dituntut agama, Zara juga perlu menyesuaikan kerjayanya dengan prinsip yang dipegang sebagai Muslimah dan meletakkan batasan dalam bekerja.
"Apabila sudah bertudung, tentulah ada had dan batasan yang perlu saya letakkan. Antaranya tak boleh ada babak bersentuhan antara saya dengan pelakon lelaki dan tidak ada lagi babak yang boleh dikatakan 'berani' lagi selepas ini.
"Selain itu, tawaran kerja yang diterima pun kebanyakannya saya lihat terlebih dulu kerana perlu menilai sama ada ia bersesuaian dengan penampilan saya atau tidak," katanya.
Dalam tempoh pandemik ini, Zara juga sama seperti selebriti lain yang turut memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan.
"Setakat ini, antara perniagaan yang saya jalankan adalah jualan kek pisang. Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan dan saya gunakan sistem ejen untuk memudahkan proses jual beli.
"Apabila ramai yang beri sambutan menggalakkan, satu ujian lain pula muncul iaitu tak menang tangan memandangkan saya lakukan semuanya tanpa bantuan buat sementara waktu," katanya.
Ditanya mengenai restoran miliknya yang dilancarkan tahun lalu, Zara akur dengan situasi sekarang dan terpaksa menutupnya buat sementara waktu.
Terbaharu, Zara kini sedang menjalani penggambaran drama sitkom berjudul Kg Peel untuk siaran di RTM. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka betul nk beli makanan yg pakai agent2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
rezeki berniaga memcurah2, tapi bari tutup restoran.macamana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kesian kat dia tau..
kena tinggal dgn Ex dia yg gayah tu., (acah speaking je memanjang caption nya) muka tetap sempudal....
zya, nampak mcm saje je nk bz kan diri.. sian dia... mcm lonely..
dek non bila nak belakon drama lagi.. ? kau belakon mantop jeh... |
|
|
|
|
|
|
|
Definisi : ; bersempudal diselaputi kotoran yg kering (pd mulut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
ini definisi dari dewan bhsa & pustaka
HAHAHAAHAHA
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah rezeki dari Allah, yg penting usaha |
|
|
|
|
|
|
|
Macam terencat akal pun ya wartawan ni. Bukan dia ni dah bermacam bisnes kah? Dari tak pakai tudung tapi jual tudung? Tulis konon mulakan perniagaan sebab pendemik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|