View: 3485|Reply: 17
|
[Tempatan]
Perodua Ativa sudah terima 5,000 booking
[Copy link]
|
|
Ativa sudah terima 5,000 tempahan
Wartawan MalaysiaGazette -
4 March 2021
KUALA LUMOUR – Perodua Ativa yang baru dilancarkan sudah menerima kira-kira 5,000 tempahan sejak ia dibuka untuk tempahan pada 19 Februari lalu.
Penghantaran bermula pada hari ini.
Model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, dijual antara RM61,500 hingga RM72,000, atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia.
Harga tersebut lebih rendah daripada harga tentatif RM62,500 hingga RM73,400 yang telah diumumkan sebelum ini, dan sah sehingga pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30 Jun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, harga Perodua Ativa berpatutan disebabkan kadar kandungan komponen tempatan sebanyak 95%, kadar permulaan tertinggi bagi mana-mana model Perodua.
Malah, enjin dan transmisinya juga dihasilkan di Malaysia.
Zainal berkata, Perodua mensasarkan untuk menghantar sebanyak 3,000 unit sebulan secara purata.
Menurut beliau, pengenalan Perodua Ativa amat penting kerana ia membawa kerjasama antara Perodua dan Daihatsu ke tahap baharu, membolehkan Perodua dan para pembekalnya berkongsi komponen dan proses untuk memaksimumkan kecekapan kos.
”Semua ini dilakukan tanpa mengetepikan reka bentuk, ciri-ciri dan citarasa Malaysia yang unik,” tambah beliau.
Ativa berasal daripada Bahasa Portugis yang bermaksud aktif dan percaya setelah memandu uji Perodua Ativa yakin model ini sesuai dengan gaya hidup aktif di bandar.
Model ini merupakan kenderaan cas turbo pertama Perodua, model pertama Perodua yang menggunakan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) dan model pertama Perodua yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2, selain menjadi kenderaan paling mampu milik di Malaysia yang memenuhi standard tersebut.
Semua teknologi ini menyumbang kepada kecekapan bahan api sehingga 18.9 km/l, menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kelima Perodua.
Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 3.0 membuat kemunculan pertamanya pada Perodua Ativa dan ianya terdapat pada semua varian buat julung kali. ASA 3.0 berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi (sehingga 120 km/j untuk kenderaan dan sehingga 60 km/j untuk pejalan kaki) berbanding sistem ASA 2.0 semasa, dan kini boleh mengesan kenderaan beroda dua serta berfungsi pada waktu malam.
Pada semua varian juga terdapat enam beg udara, lampu hadapan LED automatik dengan Auto High Beam dan Lane Departure Warning and Prevention. Varian H dan AV mempunyai Adaptive Driving Beam, paparan multi-info TFT tujuh-inci dan sistem infotainment skrin sesentuh sembilan-inci dengan voice recognition. Varian AV secara eksklusif mempunyai Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan
Adaptive Cruise Control. – MalaysiaGazette |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
depan cantik
belakang tak cantik
apa komen totokreturn? |
|
|
|
|
|
|
|
emmm dah macam great wall punya suv tu kan.. tak lawa laaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
minguk replied at 4-3-2021 04:45 PM
emmm dah macam great wall punya suv tu kan.. tak lawa laaaaa
Haval ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lawa. Kotak dan macam prc punya. |
|
|
|
|
|
|
|
haaaaaa haval... betul la tu.. tak lawa kan.. emmmtapi tu lah nanti lama-lama bila dah banyak atas jalan, mata dah terbiasa, akan nampak lawa jugak. emm
|
|
|
|
|
|
|
|
ini sama seperti Daihatsu Rocky atau Toyota Raize...
Kalau di indonesa juga baru mw launching Toyota Raize
|
|
|
|
|
|
|
|
5k hantu ke yg order tu
nak pancing tak hagak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik la |
|
|
|
|
|
|
|
depan ala internasional.. belakang ala2 tempatan |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn dah kembali ke ? lama tak tgk/bc post dia
|
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn ada titik ngn tanpa titik org yg berlainan ke
yg aku maksudkn totokreturn bertitik
|
|
|
|
|
|
|
|
menurut firasat aku kete camni suka buat perangai maibi |
|
|
|
|
|
|
| |
|