CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2717|Reply: 7

Ada kata air mani bagus untuk hilangkan jerawat dan cegah penuaan... Ini penjela

[Copy link]
Post time 4-3-2021 02:12 AM | Show all posts |Read mode





SEMENJAK akhir-akhir ini terdapat beberapa video yang memaparkan tentang rawatan wajah dengan menggunakan masker berasaskan air mani.


Ada pihak mendakwa, menyapu sperma ke wajah mampu menghilangkan jerawat dan mencegah penuaan. Apakah dakwaan itu benar?


Faktanya, sehingga kini tiada sebarang bukti secara saintifik menyokong dakwaan air mani mempunyai manfaat kepada kulit manusia.


Walaupun diperbuat daripada bahan semula jadi, menyapu cecair tubuh ini memiliki risiko tersendiri kepada kesihatan manusia.







Betul ke air mani mampu sembuhkan jerawat?


Healthline melaporkan dakwaan air mani mampu pulihkan masalah jerawat adalah mitos semata-mata. Sebaliknya, masalah itu perlu menggunakan kaedah rawatan kulit yang tepat.


Ini termasuklah produk penjagaan kulit yang mengandungi asid salisilat, benzoil peroksida dan sebagainya selain rawatan wajah yang disarankan oleh pakar kulit.







Adakah masker sperma mampu mencegah penuaan?


Selain jerawat, sperma juga disebut-sebut baik untuk mencegah penuaan dan dakwaan ini sama sekali tidak benar.


Kandungan antioksidan secara semula jadi memang mampu menghilangkan kedutan namun antioksidan yang terdapat dalam sperma tidak signifikan untuk mencegah penuaan.


Untuk mencegah penuaan, produk mengandungi vitamin C, Retinod, gilserin, asid hialuronat adalah pilihan lebih baik selain menjalani kehidupan sihat.


Bahaya masker sperma untuk kulit wajah


Pakar kulit berpendapat, bagi mendapatkan kulit bebas jerawat dan mencegah penuaan, menyapu air mani untuk menyembuhkan masalah kulit boleh menyebabkan reaksi elergi.


Individu yang mempunyai elergi terhadap protein yang terkandung dalam air mani boleh menyebabkan kulit dermatitis.


Dermatitis boleh menyebabkan kulit menjadi merah, kering, bengkak dan gatal. Selain itu cecair tubuh seperti sperma boleh menjadi medium penularan penyakit seksual kerana ia tidak hanya tersebar ketika melakukan hubungan seks.


Ini kerana sperma mengandungi kuman yang dapat menjadi pintu penularan penyakit seperti herpes, kalamidia, gonore dan sebagainya.


Mata adalah bahagian tubuh yang sensitif, herpes misalnya dapat menyebabkan keradangan dan jika bernasib malang, seseorang boleh menjadi buta.


Sebelum mencuba sesuatu yang tidak diketahui keberkesanannya, adalah lebih baik pertimbangkan dengan melakukan pelbagai kajian terlebih dahulu.












Sumber : mStarOnline
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu jiran iols bg petua sapu air mani suami dekat muka utk awet muda. tapi sheols mmg nampak muda walaupun dah tua selalu kena kacau dgn laki bujang. produk jepun skrg pun ada kandungan air mani.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
haifawehbe replied at 4-3-2021 05:17 AM
dulu jiran iols bg petua sapu air mani suami dekat muka utk awet muda. tapi sheols mmg nampak muda w ...

omg what? produk apa tu chuols ada kandungan air mani? produk cosmetic dgn food supplement ke hapa? kat ingredient label tu dia bubuh sebagai protein gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
haifawehbe replied at 4-3-2021 05:17 AM
dulu jiran iols bg petua sapu air mani suami dekat muka utk awet muda. tapi sheols mmg nampak muda w ...

gilo entah dna laki mana gi hambik bubuh bagi kat orang ramai guna. teringat pulak iols scene movie dont breathe ke hapa tajuk entah yang dia guna turkey baster nak inject air mani siap nampak bulu2 bersepah yachh yuckkss
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:30 AM | Show all posts
jenuh la para suami diperah oleh isteri
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
user.name replied at 4-3-2021 06:21 AM
omg what? produk apa tu chuols ada kandungan air mani? produk cosmetic dgn food supplement ke hapa ...

produk cosmetic dorg kalo supplement tu iols x pasti tapi bukan boleh caya puak2 ni x taw la dia labelkan ingredients as apa tapi iols x rasa dia akan tulis air mani maybe ada nama saintifik utk tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
user.name replied at 4-3-2021 06:25 AM
gilo entah dna laki mana gi hambik bubuh bagi kat orang ramai guna. teringat pulak iols scene movi ...

dekat sana mmg ada yg akan bekalkan air mani cth iols penah tgok gambar laki diperah susunya tu utk dijual bagi pihak yg mahukan anak. dekat msia pun ada gak sape2 yg nk jual air mani akan dibayar 2k++.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
untuk yg halal sajork
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050588 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list