Sebuah keluarga dilaporkan berkhemah di puncak sebuah bukit, tiga meter berhampiran tebing yang baru sahaja mengalami kejadian tanah runtuh baru-baru ini.
Pihak berkuasa di Staithes dan Whitby menerima laporan mengenai pasangan ibu bapa itu yang membawa seorang kanak-kanak dalam perkhemahan berkenaan.
Malah, sekeping foto yang dirakam dari udara turut dikongsi di media sosial, lapor Daily Star.
kejadian itu dilaporkan berlaku pada 27 Februari lalu.
Kredit foto: Daily Star
"anggilan hari ini, kami menerima laporan mengenai kejadian di Cleveland Way mengenai isu keselamatan dua dewasa yang berkhemah di tepi tebing bukit bersama anak mereka.
"olis turut dihantar ke lokasi kejadian kerana mereka melanggar perintah larangan berkaitan Covid-19," tulis pegawai perairan Staithes di Facebook.
Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan bahaya pasangan itu.
Malah, pelbagai komen turut ditinggalkan berhubung kejadian itu menerusi Facebook.
Teringat ker lama kat Australia...rasanya parent pi berkhemah jugak dan parent claim anak kecil mati dimakan binatang buas...sapa2 ada ingat kes nie...thn 90an rasanya...