“Saya ingatkan dia penat sangat disebabkan sehari suntuk menjalani penggambaran semalam. Selepas solat isyak dia terduduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah depan saya. Saya terus bergegas membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia terkena serangan strok haba. Menurut doktor, badannya kekurangan air disebabkan cuaca panas yang melanda negara sekarang.”
Atu juga diminta doktor untuk berehat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kembali bekerja seperti biasa.
Perkembangan terkini, pelawak itu bakal kembali memeriahkan program Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 bermula Jumaat ini. Dalam program tersebut dia bakal bergandingan bersama Fad Bocey dan Fakhrul UNIC dalam kumpulan yang diberi nama UNI.
SUMBER : Harian Metro