CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

Tabung Haji bagi 3.1 peratus keuntungan pada pendeposit. 2019 cuma 3.05 peratus

[Copy link]
Post time 2-3-2021 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 01:32 AM | Show all posts

Lembaga Tabung Haji (TH) umum keuntungan 3.10 peratus






Lembaga Tabung Haji (TH) pada Selasa mengumumkan agihan keuntungan lebih baik iaitu 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 berbanding 3.05 peratus pada 2019, kepada kira-kira sembilan juta pendeposit.


Menurut kenyataan badan pengurusan haji, simpanan dan pelaburan itu, agihan keuntungan bagi 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2019.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata prestasi kewangan TH pada 2020 kekal positif meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia berada dalam keadaan tidak menentu sejak penghujung 2019 akibat pandemik Covid-19.


“Alhamdulillah, pendeposit TH dapat menikmati keuntungan yang lebih baik bagi 2020 walaupun berdepan ekonomi yang kurang baik tahun lepas.


“Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan,” katanya dalam kenyataan tersebut.


Menurut TH jumlah deposit telah mencecah RM76.7 bilion pada 26 Feb, 2021 iaitu paras tertinggi dalam sejarahnya, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap TH terus kekal utuh.


Pada masa sama, badan itu turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi 2020 berbanding RM86 juta pada 2019, jelasnya.


“Oleh itu para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka. Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” menurut TH.


Urusniaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula 8 malam, Selasa 2 Mac, 2021 sehingga 12 tengah hari, Rabu 3 Mac, 2021, bagi melancarkan urusan agihan keuntungan.


TH menjelaskan para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas 12 tengah hari Rabu 3 Mac, 2021 menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat selain saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.


Mengenai perkembangan ibadah haji, Zulkifli berkata sehingga kini kerajaan Arab Saudi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan musim haji 2021 walaupun telah menerima kira-kira 100,000 jemaah umrah sejak 1 Nov, 2020.


“Walaupun masih belum mendapat pengesahan tentang ibadat haji tahun ini, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan.


“Oleh itu saya menasihati semua bakal haji untuk mengikuti kursus asas haji mingguan yang sedang dianjurkan oleh TH secara dalam talian. Bakal-bakal haji juga perlu menjaga kesihatan diri dengan menjaga pemakanan dan lakukan senaman kerana ibadat haji menuntut kekuatan fizikal dan mental,” katanya.


Beliau berkata ibadah haji telah ditangguhkan akibat pandemik yang melanda negara dan seluruh dunia justeru, beliau menyeru seluruh umat terus berdoa agar pandemik ini pulih sepenuhnya dan seterusnya dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci.




Sumber: MalaysiaKini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Laah, aritu kata bila gomen Mulayu isele naik, hibah TH terus nencanak. Ni nak salahkan Dapig lettewww, walau dah 1tahun memerintah  
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat m2u dah boleh tengok baki terkini.
Alhamdulillah
Simpanan kat tabung haji lebih menguntungkan dari simpanan biasa lain/asb
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.087610 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list